Terengganu melakar kemenangan kedua dalam aksi Shopee Cup 2024-2025 setelah menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar malam semalam , 22 januari 2025. Menang tipis 1-0 dengan jaringan tunggal oleh Safawi Rashid pada minit ke 63 apabila pertahanan mereka terkena tangan di kotak penalti.
Setelah menang ke atas Shan United dalam aksi ketiga lalu, Terengganu kembali ke gelangang keremat mereka iaitu di bumi Darul Iman untuk menentang PSM Makassar yang memimpin carta kumpulan A ketika ini. 7 mata dengan 4 mata beb. Peluang untuk pintas PSM dengan syarat menang game ini.
KEPUTUSAN PENUH :
TERENGGANU 1-0 PSM MAKASSAR
Jaringan oleh : Safawi Rashid 64″ Penalti.
Trio Safawi Rasid, Ismaheel Akinade serta Akhyar Rashid jadi taruhan Terengganu untuk memburu jaringan manakala PSM Makassar turun tanpa penggempur utama, Nermin Haljeta.
Seperti diramal, Terengganu menguasai permainan dengan hantaran pendek satu dua di kawasan tengah dalam usaha mencari larian oleh Akhyar dan Safawi di dalam zon penalti lawan.
Ismaheel Akinade miliki 2 peluang terbaik di babak pertama untuk membuka tirai jaringan namun malangnya percubaan penyerang dari Nigeria itu dinafikan penjaga gol dan sedikit tersasar.
Sementara itu, pelawat pula lebih gemar melancarkan serang balas pantas ke kubu Rahadiazli bagi memerangkap benteng pertahanan Terengganu dan memburu gol di tempat lawan.
Separuh masa pertama tamat, Terengganu 0-0 PSM Makassar.
Kembali dari bilik persalinan, pintu gol PSM Makassar hampir bocor apabila kuisan manja Akhyar Rashid diselamatkan oleh Reza Arya Pratama ketika permainan baru memasuki 9 minit.
Pada minit ke-64, kebuntuan jaringan terlerai apabila kapten pasukan, Safawi Rasid menyudahkan sepakan penalti untuk Terengganu mendahului setelah bola terkena tangan pemain lawan.
Usaha PSM Makassar untuk menjaringkan gol penyamaan tampak gagal membuahkan hasil sehingga ke hujung aksi dengan bek Terengganu tampil positif mematahkan asakan Juku Eja.
Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Terengganu.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan A akan menyaksikan Terengganu bertandang ke laman BG Pathum manakala PSM melayani kunjungan Thanh Hoa di gelanggang sendiri pada 5 Februari.
KEDUDUKAN KUMPULAN A SETAKAT INI.