• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
  • TOP SCORER LIGA SUPER
You are here: Home / Archives for INTERNATIONAL / SHOPEE CUP

SHOPEE CUP

May 08 2026

Kim Pan-gon Masterclass! Selangor Jinakkan Nam Dinh

Kim Pan Gon Jerit

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon mengakui strategi taktikal melibatkan Quentin Cheng menjadi antara kunci utama kemenangan ke atas Thep Xanh Nam Dinh FC dalam aksi separuh akhir pertama Shopee Cup 2025/26 di Stadium MBPJ.

Walaupun Quentin Cheng diturunkan sebagai bek kanan, beliau diberikan peranan lebih fleksibel dengan kerap melakukan larian ke kawasan tengah bagi mengganggu struktur permainan Nam Dinh. Pergerakan itu berjaya “memerangkap” jentera tengah lawan dan membuka ruang buat barisan serangan Selangor mencipta peluang berbahaya. [Read more…] about Kim Pan-gon Masterclass! Selangor Jinakkan Nam Dinh

Written by mr bola · Categorized: SHOPEE CUP · Tagged: Kim Pan-gon Masterclass! Selangor Jinakkan Nam Dinh

May 07 2026

“Sepatutnya Kami Menang” — Penyudah Tumpul & Hilang Fokus Hantui Nam Dinh

punca kekalahan nam dinh

punca kekalahan nam dinh

Pengendali Nam Dinh, Vu Hong Viet meluahkan rasa kecewa terhadap tahap fokus para pemainnya selepas tewas 1-2 kepada Selangor FC dalam aksi separuh akhir pertama Shopee Cup 2025–26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Wakil Malaysia itu membawa bekalan satu gol ke Vietnam hasil dua jaringan penyerang import, Chrigor Moraes yang muncul wira Gergasi Merah menerusi gol dalam setiap babak permainan.

Menurut Vu Hong Viet, anak buahnya dihukum akibat kehilangan tumpuan pada detik-detik penting sehingga memberi ruang kepada Selangor untuk menjaringkan gol kemenangan.

“Sejujurnya, terdapat sedikit rasa tidak puas hati terhadap aspek tumpuan pemain dalam beberapa saat tertentu.

“Hilang tumpuan itu telah menyebabkan kami dihukum dengan gol, terutamanya gol kedua Selangor.”

Jurulatih berusia 47 tahun itu turut mengakui penyudah tumpul menjadi faktor utama kekalahan Nam Dinh walaupun pasukannya mencipta lebih banyak peluang sepanjang perlawanan.

“Selain itu, aspek penyudah juga mengecewakan kerana kami mencipta lebih banyak peluang berbanding gol yang dihasilkan.

“Ini adalah perkara yang perlu kami perbaiki bagi perlawanan timbal balik.”

Gol tunggal Nam Dinh pula dijaringkan oleh Nguyen Van Vi sebelum tamat separuh masa pertama.

Aksi timbal balik antara Nam Dinh FC dan Selangor akan berlangsung pada 13 Mei 2026 di Stadium Thiên Trường dengan sepak mula jam 8.30 malam waktu Malaysia.

[Read more…] about “Sepatutnya Kami Menang” — Penyudah Tumpul & Hilang Fokus Hantui Nam Dinh

Written by mr bola · Categorized: SHOPEE CUP · Tagged: “Sepatutnya Kami Menang” — Penyudah Tumpul & Hilang Fokus Hantui Nam Dinh

May 06 2026

INFO LIVE SELANGOR VS NAM DINH SEPARUH AKHIR 1ST LEG PIALA SHOPEE 6.5.2026

SELANGOR VS NAM DINH

SELANGOR VS NAM DINH

Pertembungan antara Selangor FC dan Nam Dinh FC dalam separuh akhir ACC Piala Shopee dijangka menjadi ujian terbesar buat kedua-dua pasukan dalam misi memburu slot ke final kejohanan kelab Asia Tenggara itu.

KELEBIHAN SELANGOR FC

Selangor hadir dengan motivasi tinggi selepas menunjukkan peningkatan konsisten sepanjang musim. Bermain di laman sendiri memberi kelebihan besar buat skuad Gergasi Merah yang terkenal dengan sokongan padu penyokong di stadium. [Read more…] about INFO LIVE SELANGOR VS NAM DINH SEPARUH AKHIR 1ST LEG PIALA SHOPEE 6.5.2026

Written by mr bola · Categorized: SHOPEE CUP · Tagged: INFO LIVE SELANGOR VS NAM DINH SEPARUH AKHIR 1ST LEG PIALA SHOPEE 6.5.2026

  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Interim pages omitted …
  • Page 13
  • Go to Next Page »

Footer

Categories

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

ChatGPT icon
ChatGPT icon

AI Assistant

Close Maximize End