“Saya harap sangat FAM selepas ini lebih serius dalam pencarian pengganti Pan-gon, jangan lagi cari yang buat kerja separuh jalan biarpun pelbagai ujian serta cabaran sepanjang mengendalikan Harimau Malaya.
“FAM perlu cari calon yang boleh komited kepada pasukan hingga tamat kontrak, andai kontrak dua tahun biar habiskan dua tahun, lepas itu biar dia pergi kerana situasi yang berlaku sekarang masalah juga kepada pasukan.“Sebagai jurulatih profesional seharusnya seseorang itu menghormati kontrak apatah lagi pasukan negara dalam persediaan mengharungi beberapa kempen penting tahun depan,” katanya yang mengakui banyak kerja rumah perlu dilakukan pengendali baharu selepas ini.
“Sejujurnya, satu kerugian buat skuad Harimau Malaya apabila kehilangan Kim Pan-gon yang sepanjang tempoh dua setengah tahun terutama setelah berjaya membawa Malaysia layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun.“Malah punca sebenar peletakan jawatan hanya diketahui Presiden FAM, (Datuk) Hamidin (Mohd Amin) menurut Pan-gon, juga satu lagi persoalan yang saya percaya akan melingkari komuniti bola sepak negara.
“Sejujurnya yang tersurat komuniti bola sepak semua sudah tahu, sebaliknya yang tersirat kekal rahsia Pan-gon dengan Hamidin,” katanya.
“FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dalam aspek ini perlu look into this matters seriously, kita mula mengelabah ibarat anak ayam kehilangan ibu apabila Faisal Halim dan Arif Aiman injured.“Liga Malaysia perlu kompetitif, untuk kompetitif MFL perlu memikirkan pendekatan bagi membolehkan ketua jurulatih skuad kebangsaan mendapatkan lebih ramai set pool of players yang berkualiti yang lebih ramai.
“Selagi kita berdepan masalah untuk mencari lebih ramai pemain berkualiti yang berkaliber dalam Liga Malaysia yang boleh beraksi di pentas antarabangsa, selagi itulah masalah yang dihadapi Pan-gon akan diwarisi pengendali baharu Harimau Malaya,” yang menyifatkan pemain import lebih menyerlah dalam saingan liga teratas negara.