• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2024-25

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2024/25

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
You are here: Home / AFF / MALAYSIA JUARA KUMPULAN B, TEWASKAN TIMOR LESTE 3-1, BAKAL BERTEMU DENGAN VIETNAM -AFF U23 2023

Aug 22 2023

MALAYSIA JUARA KUMPULAN B, TEWASKAN TIMOR LESTE 3-1, BAKAL BERTEMU DENGAN VIETNAM -AFF U23 2023

keputusan malaysia vs timor leste

 

Perlawanan terakhir kumpulan B dalam saingan Piala AFF U23 diantarapasukan Malaysia dan Timor Leste berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Malaysia. Untuk layak, malaysia memerlukan seri dalam perlawanan ini sekurang-kurangnya. Namun menang 3-1 ianya sudah cukup bergelar juara kumpulan B dan akan bertemu dengan vietnam juara kumpulan C.

KEPUTUSAN PENUH :

MALAYSIA 3-1 TIMOR LESTE

Jaringan oleh :

  • Alif Ikmarizal. 5″ 64″
  • Izwan Yuslan 13″
  • Xavier 41 “
KEDUDUKAN KUMPULAN B :
  1. MALAYSIA 6 MATA
  2. INDONESIA 6 MATA
  3. TIMOR LESTE 0

Rombakan Pemain skuad Elavarasan pertemuan Timor Leste.

Pasukan bimbingan E. Elavarasan melakukan beberapa pertukaran terutamanya pada jentera serangan skuad muda negara. Aku dengarn masa dalam live , 6 pertukaran pemain dilakukan. Cuma strategi, masih sama apatah Tierney dimasukkan pada separuh masa kedua.Percaturan itu jelas impak yang positif kepada pasukan Malaysia, apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 menerusi pemain sayap, Alif Ikmarizal.

Malaysia didepan 2-0.

 Aliff Izwan menggandakan kedudukan pada minit ke-13 menerusi peluang di hadapan gawang. Kelekaan pemain pada minit ke 41 ,membolehkan pemain Timor Leste merapatkan jurang gol melalui gerakan yang tak diduga dan terus menyepak gawang oleh Xavier. Timor Leste cuba bangkit memberikan tekanan kepada Malaysia menerusi percubaan dari luar kotak penalti.Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-1.

SEPARUH MASA KEDUA, Tekanan buat kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua, Malaysia mahu menambah jaringan sebab jurang gol dah dekat agak cemas juga. Usaha tersebut nyata membuahkan hasil apabila Alif Ikmalrizal sekali menjaringkan gol pada minit ke-65 untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan selesa. Ada sedikit kontroversi , masa minit ke berapa tak pasti dalam 70 lebih , masa Timor Leste buat sepakan terkena tangan pertahanan malaysia. Dekat 3,4 minit terhenti perlawanan, dia duk tanya lines man sebelah dekat malaysia. Tetapi dinafikan oleh Pengadil. Kena ada VAR.

5 minit masa tambahan.

Perlawanan dilanjutkan dengan tambahan masa 5 minit namun tidak mencukupi buat Park Sun-tae meraih 3 mata. Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Malaysia muncul selaku juara kumpulan dengan 6 mata daripada 2 perlawanan.

Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan pasukan Vietnam juara kumpulan C. 4 pasukan yang layak mara ke pusingan separuh akhir piala aff u23 2023.

  1. THAILAND
  2. INDONESIA
  3. VIETNAM
  4. MALAYSIA

Kita akan kemaskini jadual perlawanan dan apa-apa perkembangan terkini dalam kejohanan piala aff u23 2023. Majulah sukan untuk negara.

Written by mynewspo-admin · Categorized: AFF · Tagged: BAKAL BERTEMU DENGAN VIETNAM -AFF U23 2023, MALAYSIA JUARA KUMPULAN B, malaysia tewaskan cambodia piala aff u23 2023, TEWASKAN KEMBOJA 3-1

UserOnline

93 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in