Bukan lawan yang mudah lawan dari kelab Borneo Samarinda (dah macam slot samarinda tv3).
Aksi kedua Asean Shopee Cup menyaksikan wakil Malaysia, KL City mencatatkan kemenangan berdepan Borneo Samarinda.
Pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac bermula baik dengan trio serangan yang dikemudi oleh pemain seperti kapten, Paulo Josue, Haqimi Azim dan juga Jova Motika.
Borneo membariskan watak seperti Nadeo Argawinata, Leo Santos dan juga Fajar Fathur Rahman untuk mengekang cabaran The City Boys.
Tuan rumah memiliki beberapa peluang keemasan menerusi tandukan Brendan Gan dan percubaan Paulo Josue namun tidak tepat ke sasaran.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.
SEPARUH MASA KEDUA.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat lebih banyak mengatur gerak menerusi serangan balas untuk menguji gawang Azri Ghani. Peluang terbaik hadir menerusi percubaan Josue namun tepat dakapan Nadeo Argawinata.
Gol tunggal Brendan Ngan tiga mata buat KL City.
Gerakan lincah Zhafri Yahya berjaya mencari Brendan Gan yang melepaskan rembatan kencang menewaskan Nadeo pada minit ke-77.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Skuad KL City mengumpul 6 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan ke atas Kaya IloIlo tempoh hari. Tempat kedua kumpulan A, diatas ialah pasukan Cong An Ha Noi dari Vietnam.
Jadual seterusnya dalam kempen Piala Shopee, KL City akan teruskan perjuangan berdepan Lion City di tempat lawan pada awal Januari 2025. Tunggu.