Pertama sekali kita ucapkan tahniah dan syabas buat pasukan JDT yang berjaya mara ke pusingan 16 terbaik. No 4 dari 12 pasukan yang berentap di peringkat asian ini. Pusingan ini tiada timbal balik, 8 game sahaja dalam satu kumpulan ini, ada tema yang tak jumpa langsung. Nasiblah tuh. Yang pasti wakil dari asia tenggara, Thailand dan Malaysia iaitu Buriram United dan JDT mara ke pusingan seterusnya (ada beberapa kumpulan belum main lagi).
KEPUTUSAN PENUH JDT 5-2 POHANG STEELERS.
Jaringan oleh :
- Hojae 26″
- Oscar Arribas 37″
- Bergson 52″
- Ariff Aiman 56
- Hyeonje 80
- Jese 90+6
- Obregon 90+15 (Penalti)
Johor Darul Ta’zim (JDT) meleburkan rekod buruk mereka dengan Pohang Steelers apabila menewaskan wakil Korea Selatan itu dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Harimau Selatan mahu menamatkan kemarau kemenangan ke atas Pohang Steelers sejak ACL musim 2021. Pohang pula memburu kemenangan untuk memastikan kedudukan lapan teratas mereka tidak tergugat.
Bintang baru JDT, Anselmo Moraes diletakkan di bangku simpanan. Jorge Teixeira pula menjadi sandaran gol pengendali Pohang, Park Tae-ha.
Separuh masa pertama menyaksikan JDT mengancam kubu pertahanan pelawat menerusi Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva, Jonathan Viera dan Juan Muniz.
Situasi ini memaksa barisan pertahanan Pohang diketuai Lee Dong-hee bekerja keras mematahkan setiap percubaan yang digerakkan Harimau Selatan.
POHANG DIDEPAN.
Pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang Korea Selatan, Lee Ho-jae pada minit ke-27. Hasil dari crossing yang lee tidak ada yang challenge dia menerjah masuk dari tandukkan. Dekat kena serang , sekali diaoarang counter terus gol. Geram pulak, JDT dekat tekan high pressure untuk cari gol pertama , gagal.
Tersentak, JDT menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan. Hasilnya, Oscar Arribas menyumbat gol penyamaan 10 minit selepas itu. Masa tuh Bergson tanduk, bola muntah, cepat-cepat Oscar Arribas menerjah bola masuk ke gawang Pohang. Gegak gempita masa itu. Lega balik.
Meskipun penjaga gol Pohang, Yun Pyeong-guk berjaya menafikan percubaan awal Murilo Henrique, Arribas pantas menolak bola muntah melepasi penjaga gol berusia 33 tahun itu.
Gol tersebut memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sehingga rehat.
Bersambung pada separuh masa kedua, JDT terus meningkatkan serangan dengan sokongan padu penyokong di SSI.
Pohang cuba menyekat asakan tuan rumah dengan memasukkan dua pemain gantian, Eo Jeong-won dan Kim Jong-uh.
Gol kedua yang dicari Harimau Selatan muncul pada minit ke-52 menerusi Bergson. Meskipun cuba disekat Pyeong-guk dan seorang pertahanan pelawat, penjaring terbanyak Liga Super itu berjaya menyempurnakan peluang dari sudut sukar, sekali dia gelecek sepak melintang ke sebelah kanan.
Ariff Aiman menyinar, kesilapan penjaga gol. Peluang buat Aiman cetak gol.
Pohang makin derita apabila Arif menambah gol ketiga JDT empat minit selepas itu. Kesilapan pertahanan pelawat dihukum pemain sayap Harimau Malaya itu sebelum menolak bola ke dalam gawang kosong. Dia nak pass, dekat defend. Dalam nak pass, Ariff Aiman pressure habis, dah tersalah pass, cepat-cepat Ariff Aiman terus sumbat gol. Semua defend dah tak boleh buat apa.
POHANG RAPATKAN JURANG, 3-2.
Pohang merapatkan jurang menerusi pemain gantian, Kang Hyeon-je pada minit ke-80. Situasi ini mendorong pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio memasukkan Moraes, Jese Rodriguez dan Jorge Obregon sebagai pemain gantian.
GOL HEBERTY FOUL.
Heberty menyangka telah memulihkan kembali kelebihan dua gol JDT dengan menyumbat gol keempat pada minit ke-92. Walau bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan kerana Pyeong-guk sudah mendapat bola terlebih dahulu, dan Heberty merampas bola itu.
Jese menceriakan kem Harimau Selatan dengan gol keempat pada minit ke-96. Masa dah nak habis masa, dapat lagi voucher penalti Obregon pada minit akhir perlawanan, dia dijatuhkan.
Keputusan 5-2 ini sudah cukup untuk membawa JDT ke pusingan 16 pasukan terbaik ACLE. Mungkin akan bertemu dengan Gwangju kelab korea jugak. Masa tuh JDT kalah dengan Gwangju di peringkat kumpulan. Harap kali ini pasukan JDT dapat pergi dengan jauh.
Pohang pula mengikut jejak Ulsan HD yang tersingkir daripada saingan ACLE selepas menamatkan kempen di tangga kesembilan. Ini selepas Shanghai Shenhua melonjak ke tangga ketujuh selepas menewaskan Vissel Kobe.
VIDEO GOL HIGHLIGHTS JDT 5-2 POHANG STEELERS 18.2.2025