• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
  • TOP SCORER LIGA SUPER
You are here: Home / LIGA SUPER / Zaquan Adha mahu penjelasan terperinci oleh Ref Nazmi isu handball KEDAH VS JDT

Jul 22 2024

Zaquan Adha mahu penjelasan terperinci oleh Ref Nazmi isu handball KEDAH VS JDT

nazmi dan zaquan Adha

Dalam temubual astro, hari ini ke semalam tak pastilah. Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha berharap boleh mendengar penjelasan daripada pengadil, Nazmi Nasaruddin. Mungkin dia ada penjelasan yang boleh rungkaikan apa yang sebenarnya terjadi. Kenapa tak perlu penalti setelah dia tengok VAR itu sendri.

Beliau mengendalikan aksi separuh akhir Piala FA 2024 melibatkan Kedah menentang JDT tempoh hari.

Benda ini jadikan penyokong Kedah terutamanya, mempersoalkan keputusan beliau untuk tidak memberikan penalti kepada Pasukan, Sang Kenari.

Hal ini selepas difahamkan bola terkena tangan Shahrul Saad namun Nazmi membuat keputusan untuk tidak memberikan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilakukan.

“Safee Sali dah jawab bahawa ia jelas penalti. Matyo pun setuju. Apa-apapun ia berdasarkan juga keputusan pengadil.

Zaquan juga berharap agar dapat mendengar penjelasan Nazmi berhubung insiden tersebut.

“Kalau kita boleh hubungi Nazmi sekarang, kita nak dengar penjelasan dia sebagai seorang pengadil kan. Kalau kita lihat dari mata kasar itu jelas penalti.

“Hanya Nazmi yang boleh menjawab perkara ini,” jelas Zaquan Adha kepada Astro Arena.

Sebelum itu juga, bekas ref fifa kebangsaan Subkhiddin Mohd Salleh juga memberi pandangan bahawa penalti tidak diberi ada sebab dia, ball to hand bukan hand to ball.

Reff Kampung juga ada bagi penerangan khas kenapa tidak diberikan Penalti. Sekarang dia punya undang-undang dah lain. Dan ref pun dah diajar beberapa keadaan yang dibenarkan penalti atau tidak, apabila tangan terkena bola di kotak penalti.

 

Zaquan merasakan bahawa alasan tolakan Fayadh Zulkifli kepada Shahrul Saad menyebabkan keputusan tidak memberikan penalti diambil kira. Aksi Kedah dan JDT itu berakhir dengan kemenangan yang diraih oleh skuad Harimau Selatan dengan keputusan 2-1.

Written by mr bola · Categorized: LIGA SUPER, PIALA FA · Tagged: Zaquan Adha mahu penjelasan terperinci oleh Ref Nazmi isu handball KEDAH VS JDT

UserOnline

85 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

ChatGPT icon
ChatGPT icon

AI Assistant

Close Maximize End