Macam-macam hal pasal pasukan tercorot liga super 2023 sekarang ini, pasukan The Red Warriors tahun ini terpalit banyak isu, dari segi pengurusan. Gaji, jurulatih dan sebagainya. Terbaru , pasal saham pulak. Pelabur rasa tertipu, mereka tanya mengenai “result” saham mereka.
Terdahulu, beberapa pelabur mendakwa diperdaya Norizam supaya melabur dalam pra tawaran permulaan saham (pra-IPO) untuk syarikatnya yang dikatakan akan disenarai di Bursa Malaysia.
Tujuh individu yang melabur di syarikat milik usahawan itu mendakwa diperdaya membabitkan kerugian mencecah RM900,000 apabila tiada pulangan pelaburan dan dividen diberikan sejak dua tahun lalu.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Norizam, Siti Zurina Sabaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan pihak terbabit yang menyerang tanpa fakta dan tidak profesional. Sepatutnya benda ini kena bincang bersama, terlebih dahulu.
“Saya mewakili anak guam saya akan mengambil tindakan undang undang mengikut lunas perundangan,” ujarnya.