• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
  • TOP SCORER LIGA SUPER
You are here: Home / AFF / VIETNAM BAWA 2 BEKALAN GOL DI MY DINH STADIUM 29 DISEMBER 2024

Dec 26 2024

VIETNAM BAWA 2 BEKALAN GOL DI MY DINH STADIUM 29 DISEMBER 2024

SINGAPURA VS VIETNAM KEPUTUSAN

Nampaknya pasukan Vietnam berjaya mendapatkan 2 gol kelebihan berbalas kosong dalam saingan piala AMEC 2024 separuh akhir pertama. Separuh akhir kedua nanti di tempat sendiri agak mudah buat skuad vietnam nanti rasanya. Sebab main ditempat sendiri.

KEPUTUSAN PENUH :

SINGAPURA 0-2 VIETNAM 

Jaringan oleh :

Nguyen Tien Linh (Penalty) 90+11
Rafaelson 90+14″

Last minit yang banyak membuang masa memberikan kelebihan buat pasuka Vietnam dapatkan 2 gol dimasa tambahan memang ianya memeritkan buat skuad Singapura.

SEPARUH MASA PERTAMA.

Pada babak pertama permainan, Singapura dan Vietnam masing-masing untuk mencari gol pertama. Biarpun pasukan tuan rumah mengawal keseluruhan permainan, barisan serangan yang diketuai Shawal Anuar masih gagal memecah kebuntuan perlawanan. Macam belum dapat idea lagi. Tapi tuan rumah lebih membuat high pressure, cuma tak menjadi.

SEPARUH MASA KEDUA.

Di separuh masa kedua, aksi bermula dengan beberapa siri serangan dilancarkan pasukan Vietnam. Singapura bagaimanapun tidak mudah memberi peluang buat Vietnam meledak.

Pasukan tuan rumah jelas menguasai perlawanan apabila 10 percubaan berjaya dihasilkan namun kesemuanya tidak menggegar jaring.

GOL DIBATALKAN SEBAB TERKENA TANGAN (VAR).

Pada minit ke-86 permainan, Vietnam akhirnya mendapat jaringan pertama perlawanan namun jaringan itu dibatalkan kerana pengadil mengesan bola terkena tangan.

Sebelum aksi tamat, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti. Kelam kabut masa tuh, Udahnya defend terkena tangan masa dekat baring kotak penalti. Sepakan itu mudah disempurnakan Nguyen Tien Linh untuk gol pertama Vietnam dalam 10 minit masa tambahan.

Penyerang Vietnam, Rafaelson melebarkan kedudukan untuk gol kedua menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud. Memang superb gol tuh.

Jaringan itu kekal hingga tamat permainan, Singapura tewas kepada Vietnam dengan keputusan 0-2.

TUGAS BERAT BUAT SKUAD SINGAPURA.

Aksi separuh akhir kedua antara kedua pasukan ini bakal berlangsung di Stadium Hanoi. Singapura dan Vietnam bakal berentap sekali lagi dalam misi merebut slot ke final pada Ahad kelak, 29 Disember 2024.

Written by mr bola · Categorized: AFF, Asean Championship · Tagged: keputusan singapura vs vietnam piala amec separuh akhir 1st leg 26.12.2024, VIETNAM BAWA 2 BEKALAN GOL DI MY DINH STADIUM 29 DISEMBER 2024

UserOnline

60 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in