Game yang sengit dalam perlawanan malam semalam di stadium cheras. Berbalas-balas gol. 6 Gol terhasil dalam perlawanan ini masing-masing mengutip 1 mata, Apakah ini cukup persiapan buat pasukan KL city nanti akan berdepan dengan JDT 22 haribulan julai nanti di SSI sekali lagi.
Jaringan oleh :
TFC terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-28 menerusi jaringan Omid Nazari sebelum pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco menyamakan kedudukan lapan minit kemudian.
KL City memasuki bilik persalinan dengan lebih selesa selepas Paulo Josue dan Romel Morales menyumbang gol pada minit ke-42 dan masa kecederaan untuk City Boys menutup babak pertama dengan mendahului 3-1.
Skuad Penyu bagaimanapun tampil dengan permainan lebih kemas pada babak kedua dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan bekas pemain Selangor, Nor Hakim Hassan pada minit ke-50.
Jaringan itu jelas menaikkan lagi semangat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner untuk bangkit memburu gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila Ivan Mamut menyudahkan umpanan Engku Nur Shakir Engku Yacob sembilan minit kemudian.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun buntu untuk menambah jaringan selepas itu dan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata.
Sementara itu, Perak melepaskan peluang untuk meraih kemenangan ketiga dalam Liga Super musim ini apabila terikat 1-1 berdepan Kelantan United di Stadium perak, Ipoh.
Skuad kendalian Yusri Che Lah bermula baik apabila hanya memerlukan sembilan minit untuk berada di depan hasil ledakan Sunday Afolabi.
Momentum positif itu bagaimanapun gagal diteruskan Bos Gaurus untuk menambah jaringan walaupun memperoleh beberapa peluang.
Lebih perit, mereka dikecewakan dengan jaringan penyamaan Kelantan United menerusi Indra Putra Mahayuddin yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-84.
Keputusan itu menyaksikan Perak berada di tangga ke-11 dengan mengumpul 10 mata selepas mengharungi 16 perlawanan manakala Kelantan United yang menghimpun tujuh mata di kedudukan ke-12.