KUALA LUMPUR: Meskipun empat set sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) sudah ‘mendarat’ di negara ini namun itu tidak bermakna sistem terbabit dapat digunakan untuk aksi final Piala Malaysia, 8 Disember ini.
RANCANGAN AWAL MAHU GUNAKAN VAR FINAL PIALA MALAYSIA.
Pada bulan 6 yang lepas, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin membayangkan akan menggunakan sistem VAR buat kali pertama di negara ini pada aksi final Piala Malaysia tahun ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan perancangan awal untuk menggunakan teknologi terbabit pada final Piala Malaysia tahun ini terpaksa dilupakan dan penggunaannya bakal dianjak ke musim 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam pula berkata sistem terbabit masih dalam fasa pengujian dan memerlukan masa sebelum dapat diimplementasikan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Jelasnya, pihaknya tidak boleh mengambil risiko untuk menggunakan sistem yang belum teruji sepenuhnya pada aksi berprestij seperti Piala Malaysia yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) itu.”Pengadil pun baru menjalani latihan dan Piala Malaysia adalah satu perlawanan yang paling berharga dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk kita gunakan teknologi yang belum lagi kita uji dari segi penyiaran, produksi dan operasi.
“Kita tidak boleh tukar undang-undang secara tiba-tiba pada perlawanan akhir dan ia perlukan masa untuk diimplementasikan. Ia bukan seperti teknologi garisan gol (GLT) kerana VAR ini sangat subjektif dari segi permintaan.
“Liga teratas dunia yang menggunakan 24 kamera pun ada isu tersendiri. Jadi untuk memastikan liga kita bermula dengan lancar, latihan dan adaptasi sangat penting. Belum pun panas lagi, kita nak masukkan ke final Piala Malaysia.
“Perkara yang tepat untuk kita lakukan adalah untuk memastikan latihan, implementasi dan pengujian yang betul dapat dilakukan sebelum kita laksanakannya,” katanya.
Terdahulu, Stuart mengesahkan empat set sistem VAR sudah berada di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan teknologi itu sedang digunakan untuk latihan pengadil sebagai persediaan saingan Liga M musim depan.
VAR nampaknya tak boleh nak dibuat untuk final sebab para jurulatih dan pembantu belum habis belajar, dan juga persediaan belum cukup untuk beroperasi sepenuhnya. Namun para nitizen di media sosial mengatakan bahawa VAR tidak dapat dilaksanakan sebab ada “Tokong ” tak kasi sebab JDT tak hebat mana pun, kemungkinan takut jdt main kotor sebab dikatakan JDT selalu dapat jenalti.
Aku tak sokong mana-mana pun, tetapi kalau ikut prestasi pasukan semasa, mana mungkin pasukan lain dapat tewaskan JDT tahun ini. Yang dapat seri cuma Kedah sahaja seri 3-3. Yang lain pergi mana?
Malah, FAM dan MFL juga sedang mengadakan latihan fasa ketiga VAR yang disertai 20 pengadil, 21 penolong pengadil dan 14 ‘replay operator’ di mana sesi latihannya tertumpu kepada perlawanan praktikal yang dijalankan di Padang Wisma FAM.