Bukan mudah tetapi ianya tidak mustahil. Bermain ditempat sendiri pastinya memberi kelebihan buat skuad the red giants beraksi cemerlang tewaskan kelab dari Korea Jeonbuk Motor 2-1, di stadium MBPJ malam tadi.
KEPUTUSAN PENUH
SELANGOR 2-1 JEONBUK HYUNDAI MOTORS
Jaringan oleh :
- Harith Haikal 31″
-
Ali Olwan 33″
-
Kwon Chang-Hoon 40″
Masing-masing masih kekal dengan rekod tanpa kalah, namun pasukan selangor menang game malam ini , menjadikan selangor leading kumpulan H setakat ini dengan 7 mata, Jeonbuk 6 mata.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan bagi perlawanan ketiga saingan ACL2 kumpulan H.
Selepas dalam 30 minit permainan, Selangor berjaya mendahului captain marvel, Harith Haiqal bagi gol pertama pasukan. Hasil dari sepakan percuma dan followup yang berterusan, terus harith merembat masuk ke gawang Jeonbuk.
Kemudiannya, selang tiga minit permainan, penyerang Import Selangor, Ali Olwan menghadiahkan jaringan kedua pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran lolos daripada Noaa Laine.
Pada minit ke-40 permainan, Jeonbuk Hyundai kembali mendapat rentak apabila berjaya menjaringkan gol pertama pasukan menerusi pemain sayap, Chang-hoon Kwan sekaligus merapatkan jurang jaringan.
Dua gol di separuh masa pertama memberikan kelebihan kepada Selangor FC dalam perlawanan ACL 2 melawan Jeonbuk!#ACL2 #SELvJEO pic.twitter.com/2y6wOGXg76
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 23, 2024
Pada minit ke-59 permainan, Pertahanan Selangor, Quentin Cheng terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Fazly Mazlan.
Peluang terbaik Jeonbuk Hyundai menerusi pemain gantian, Park Jeon-Beom yang hampir menyamakan kedudukan namun hanya singgah di palang gol pada minit ke- 76 permainan.
Pemain sayap Selangor, Yohan Orozco dilayangkan kad kuning kedua, (kad merah) selepas menerjah keras ketua pasukan Jeonbuk, Ja-ryong Kop pada minit-minit terakhir 95 lebih kurang gitulah.
Tujuh minit waktu kecederaan yang diberikan sebelum tamat aksi tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Selangor cipta kemenangan kedua dalam saingan ACL2.
The Red Giants ketika ini menghuni tangga teratas kumpulan H dengan 7 mata berbeza satu mata dengan Jeonbuk Hyundai yang berada di tangga kedua.
Selepas ini, skuad kendalian Nidzam Jamil akan bertemu Jeonbuk Hyundai pada bulan hadapan, 7 November di Stadium Jeonju, Korea Selatan.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN H SETAKAT INI :
- SELANGOR 7 MATA
- JEONBUK HYUNDAI 6 MATA
- MUANG THONG 2 MATA
- CEBU FC 2 MATA