Menang bergaya game kedua suku akhir di tempat sendiri, Terengganu vs Negeri Sembilan Piala Malaysia di stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
KEPUTUSAN PENUH :
TERENGGANU 4-2 NEGERI SEMBILAN
Jaringan oleh :
- Hadin Azman 24″ Penalti
- Selvan 34″
- Akyar Rashid 41″
- Safawi Rashid 45+5
- Azam Azmi 81″
- Nizam Penalti 93″
AGGREGATE TERENGGANU 6-2 NEGERI SEMBILAN. TERENGGANU LAYAK MARA KE SEMI FINAL PIALA MALAYSIA 2024/25.
Masa awal game agak tersentak juga, negeri sembilan dapat 2 gol dalam awal 20, dan 34 minit game. Namun terengganu cepat mengatur langkah , 2 gol berjaya dihasilkan sebelum masa pertama tamat oleh akyar rashid 41 ” dan safawi rashid 45+5.
Separuh masa kedua, terengganu mula mengatur langkah B tuan rumah mendapat dua peluang terbaik untuk menambah jaringan, namun tandukan Akinade pada minit ke-47 diselamatkan di atas garisan oleh penjaga gol manakala rembatan pemain gantian, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-64 terkena tiang.
Pada minit ke-81, pemain pertahanan, Muhammad Azam Azmi Murad yang mendapat hantaran Nelson Bonilla berjaya menjaringkan gol ketiga pasukannya untuk mendahului 3-2.
Pada masa kecederaan, pemain pertahanan, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni bagaikan menutup sisa perjuangan pelawat apabila mudah menyumbat masuk sepakan penalti selepas bola terkena tangan Ricardo Pires untuk keputusan kekal 4-2 kekal hingga tamat perlawanan.
Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu menang dengan agregat 6-2 selepas mencatat kemenangan 2-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, minggu lalu.
Bagaimanapun tugas berat bakal menanti naib juara Piala Malaysia musim lalu itu yang bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama di laman sendiri pada 17 Januari depan sebelum aksi timbal balik pada 1 Februari.