• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2024-25

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2024/25

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
You are here: Home / LIGA SUPER / TERENGGANU BELASAH FINALIS PIALA MALAYSIA (SRI PAHANG) 5-1

Feb 28 2025

TERENGGANU BELASAH FINALIS PIALA MALAYSIA (SRI PAHANG) 5-1

KEPUTUSAN SRI PAHANG VS TERENGGANU
Pertandingan Liga Super Malaysia antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC pada 28 Februari 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh berakhir dengan kemenangan besar Terengganu FC, 5-1. Kekalahan ini menjadi tamparan keras buat Sri Pahang yang bermain di kandang sendiri, memperlihatkan kelemahan mereka dalam mengekang serangan lawan sekaligus memanfaatkan peluang.
KEPUTUSAN PENUH :
SRI PAHANG 1-5 TERENGGANU

Jaringan oleh :

  • Akyar Rashid 3
  • Safawi Rashid 20
  • Safwan Mazlan 28
  • Aguero 40″
  • Akinade 58″
  • Manuel Gelito Ott 89″

Berdasarkan sentimen di platform X, Sri Pahang gagal memecah kebuntuan untuk meraih kemenangan liga pertama mereka pada 2025, dengan Terengganu menunjukkan dominasi yang jelas. Laporan awal menyatakan bahawa walaupun Sri Pahang memiliki kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri, barisan pertahanan mereka goyah, membenarkan Terengganu menjaringkan lima gol. Sri Pahang hanya mampu membalas dengan satu gol, yang jelas tidak cukup untuk mengubah nasib mereka dalam perlawanan ini. 

Jentera serangan Peteh terus diterajui pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid. Mykola Ahapov menjadi pilihan Fandi Ahmad sebagai pengganti Kpah Sherman.

Babak pertama menyaksikan Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Akhyar Rashid.

Akhyar tidak berdepan masalah melepaskan rembatan padu yang menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin.

17 minit kemudian, giliran Safawi merobek gawang Tok Gajah. Pemain sayap Harimau Malaya itu melepaskan satu rembatan tepat ke penjuru atas gawang yang dikawal Zarif Irfan.

Tuan rumah terus ditimpa malang apabila Aleksandar Cvetkovic diarah keluar padang pada minit ke-27. Pada awalnya, bek tengah Serbia itu hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Izzul Fikri Kamaruzaman.

Jatuh ditimpa tangga, Sri Pahang FC kini bermain dengan 10 orang selepas kad merah dilayangkan kepada Aleksandar Cvetkovic.

Sepakan percuma berikutan, Safwan Mazlan memanfaatkan bola muntah selepas usaha Manny Ott diselamatkan.

3 – 0#DemiLigaKita #SRPTER pic.twitter.com/bkKwP26zrg

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 27, 2025

Walau bagaimanapun, Izzul Fikri mengubah keputusannya selepas diminta menyemak semula insiden Cvetkovic oleh pegawai VAR, Hasrol Amir. Susulan itu, bekas bek tengah FC Aarau itu diarah keluar padang.

Situasi ini membolehkan Terengganu menambah satu lagi gol menerusi Safwan Mazlan. Safwan pantas menolak bola muntah yang terlepas dari tangan Zarif Irfan untuk gol pada minit ke-28.

Sergio Aguero merapatkan jurang buat Sri Pahang pada minit ke-39. Meskipun cuba dihalang penjaga gol Peteh, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, Aguero memastikan Sri Pahang ketinggalan 3-1 sehingga rehat.

Keputusan Separuh Masa Pertama – LS22#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/9r7yh7VDYL

— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 27, 2025

Bersambung pada babak kedua, Fandi memasukkan Ibrahim Manusi dan David Rowley dengan harapan mengubah momentum perlawanan kembali kepada Tok Gajah.

Malangnya, itu tidak berlaku. Sebaliknya, Ismaheel Akinade menambah gol keempat Terengganu pada minit ke-59.

Pemain tengah Filipina, Manuel Ott melengkapkan malam gemilang Peteh dengan meledakkan gol kelima pada minit ke-89.

Sri Pahang terus berusaha merapatkan jurang jaringan tetapi keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Terengganu terus mengejar Sabah FC di tangga ketiga dengan 31 mata. Sri Pahang kekal di tangga ke-11 dengan 17 mata.

Selepas ini, Tok Gajah akan menentang Kuching City untuk aksi tertunda liga pada 4 Mac. Terengganu pula akan menentang Sabah pada 7 Mac untuk satu lagi aksi tertunda liga.

Secara keseluruhan, perlawanan ini mencerminkan prestasi terkini kedua-dua pasukan. Terengganu tampaknya meneruskan rentak positif mereka, manakala Sri Pahang masih bergelut untuk mencari bentuk terbaik. Kekalahan ini mungkin akan memaksa Sri Pahang untuk menilai semula strategi dan persiapan mereka bagi menghadapi baki musim Liga Super 2025.

Written by mynewspo-admin · Categorized: LIGA SUPER · Tagged: ulasan terengganu vs sri pahang.

UserOnline

27 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in