Jaringan oleh :
- Akyar Rashid 3
- Safawi Rashid 20
- Safwan Mazlan 28
- Aguero 40″
- Akinade 58″
- Manuel Gelito Ott 89″
Jentera serangan Peteh terus diterajui pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid. Mykola Ahapov menjadi pilihan Fandi Ahmad sebagai pengganti Kpah Sherman.
Babak pertama menyaksikan Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Akhyar Rashid.
Akhyar tidak berdepan masalah melepaskan rembatan padu yang menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin.
17 minit kemudian, giliran Safawi merobek gawang Tok Gajah. Pemain sayap Harimau Malaya itu melepaskan satu rembatan tepat ke penjuru atas gawang yang dikawal Zarif Irfan.
Tuan rumah terus ditimpa malang apabila Aleksandar Cvetkovic diarah keluar padang pada minit ke-27. Pada awalnya, bek tengah Serbia itu hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Izzul Fikri Kamaruzaman.
Walau bagaimanapun, Izzul Fikri mengubah keputusannya selepas diminta menyemak semula insiden Cvetkovic oleh pegawai VAR, Hasrol Amir. Susulan itu, bekas bek tengah FC Aarau itu diarah keluar padang.
Situasi ini membolehkan Terengganu menambah satu lagi gol menerusi Safwan Mazlan. Safwan pantas menolak bola muntah yang terlepas dari tangan Zarif Irfan untuk gol pada minit ke-28.
Sergio Aguero merapatkan jurang buat Sri Pahang pada minit ke-39. Meskipun cuba dihalang penjaga gol Peteh, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, Aguero memastikan Sri Pahang ketinggalan 3-1 sehingga rehat.
Bersambung pada babak kedua, Fandi memasukkan Ibrahim Manusi dan David Rowley dengan harapan mengubah momentum perlawanan kembali kepada Tok Gajah.
Malangnya, itu tidak berlaku. Sebaliknya, Ismaheel Akinade menambah gol keempat Terengganu pada minit ke-59.
Pemain tengah Filipina, Manuel Ott melengkapkan malam gemilang Peteh dengan meledakkan gol kelima pada minit ke-89.
Sri Pahang terus berusaha merapatkan jurang jaringan tetapi keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan ini menyaksikan Terengganu terus mengejar Sabah FC di tangga ketiga dengan 31 mata. Sri Pahang kekal di tangga ke-11 dengan 17 mata.
Selepas ini, Tok Gajah akan menentang Kuching City untuk aksi tertunda liga pada 4 Mac. Terengganu pula akan menentang Sabah pada 7 Mac untuk satu lagi aksi tertunda liga.