Tugas berat menanti buat anak buat Esteban Solari pada perlawanan malam ini jam 7 malam (waktu malaysia). Biarpun rekod agak baik pada tahun lepas yang mana JDT tewaskan pasukan ini 2-1 , 2-1 di stadium Sultan Ibrahim. Sebabnya main dekat JDT sahaja, masa tuh keadaan covid yang masih belum reda lagi. Bagaimana pula dengan aksi timbal balik ianya lebih adil pada perlawanan seperti sebelum ini.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I
- KAWASAKI FRONTALE 6 MATA
- JDT 3 MATA
- ULSAN HYUNDAI 3 MATA
- BG PATHUM 0 MATA
Apa komen Pengendali JDT, Esteban Solari.
“Ia adalah perlawanan penting buat JDT tatkala terpaksa memberi laluan kepada kalendar perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabanga (Fifa) dan perlu melepaskan beberapa pemain pasukan itu menyertai skuad kebangsaan.
“Persiapan kami tampak begitu padat apabila selepas aksi menentang Perak, kami perlu meneruskan perjalanan ke Korea dan kami berusaha membuat persiapan yang rapi menentang Ulsan.
“Cuaca sejuk memberi kesukaran kepada para pemain JDT. “
Memanglah ianya satu kesukaran. Namun ianya tidak boleh jadikan alasan buat skuad jdt pada malam ini, berputih mata sebelum berjuang. Biar putih tulang ,jangan putih mata. Belum perang, kita dah surrender, kasi perang biarpun kita tahu lawan kita memang hebat. Namun pasukan JDT lebih kuat, bukan sekadar jaguh kampung semata-mata. Apapun kita harap para pemain sudah siap sedia untuk perlawanan penting jam 7 malam. Misi tiga mata ditagih sebab untuk layak kena juara kumpulan.
Esteban Solari juga mahu berikan aksi yang terbaik all out dalam pertarungan dewa dewi , gunakan segala petala langit. Tapi jangan sampai menundang kad pulak ya. Yang penting tiga mata betul-betul ditagih dalam perlawanan pada malam ini kumpulan I.
Penjaga gol Ulsan Hyundai Akui serangan balas JDT berbahaya. Diaorang tahu berdasarkan pengalaman tahun lepas kena counter pantas JDT. So tahun ini diaorang dah bincang dengan coach dan pasukan. Cuma rekod perlawanan mereka dalam 4 game yang lepas, semua kalah tuh. Agak bergelut juga sebenarnya mereka. Tak tahulah mungkin nak prepare lawan JDT diaorang tak all out ke macam mana. Aku rasa diaorang pun dah setting cantik punya untuk game penting ini. Diaorang pun nak menang jugak dalam perlawanan ini.
Corbin Ong pun mahu keputusan yang positif dalam sidang media semalam. Dia ada cakap juga tahun lepas biarpun pernah menang, tak mungkin Ulsan Hyundai akan kalah lagi, mereka pasti ada buat sesuatu dan pemain pun pasti ada berbeza. Pasti ianya perlawanan yang mendebarkan buat kedua-dua pasukan. Bermain ditempat sendiri buat Ulsan Hyundai pasti akan lakukan yang terbaik.
info siaran LANGSUNG ULSAN HYUNDAI VS JOHOR DARUL TAKZIM ACL 24.10.2023
TONTON DISINI