Jika Selangor FC berjaya menundukkan BG Pathum United, tiga rekod penting berpotensi tercatat dalam kempen ACC Shopee Cup 2025–26, sekali gus mengukuhkan kedudukan kelab itu sebagai antara pasukan paling konsisten di Asia Tenggara ketika ini.
Skuad kendalian Kim Pan-gon dijadualkan melayani kunjungan wakil Thailand tersebut dalam aksi kelima Kumpulan A di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam Rabu.
Kemenangan ke atas pasukan bimbingan Masatada Ishii bukan sahaja bakal melakar pencapaian baharu, malah mengukuhkan reputasi Selangor FC sebagai kuasa besar serantau yang semakin stabil dari segi prestasi dan struktur pasukan. [Read more…] about Selangor Di Ambang Sejarah: 3 Rekod Menanti Malam Ini jika menang
