Dua tahun lalu, tepat pada 5 Mei, nama Faisal Halim menjadi perhatian seluruh negara — bukan kerana jaringan atau aksi di padang, tetapi kerana tragedi hitam yang hampir meragut segalanya. Dia termenung kaku selepas disimbah asid, bertarung antara hidup dan mati.
Hari ini, pada tarikh yang sama, segalanya berubah.
Faisal — atau lebih dikenali sebagai Mickey — kembali berdiri, bukan sekadar sebagai pemain, tetapi sebagai simbol kekuatan dan semangat juang. Dia kini bersedia memimpin Selangor FC menghadapi Nam Dinh FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Shopee di Stadium MBPJ.
Semangatnya tidak pernah pudar. [Read more…] about Muka saya mungkin dah berubah tetapi tidak hati saya- faisal halim bangkit!

