Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang meraih ‘habuan’ besar sekiranya berjaya menewaskan Thep Xanh Nam Dinh FC dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Shopee Cup.
Pertemuan Nam Dinh menentang JDT menjadi antara aksi paling dinanti peminat apabila kedua-dua pasukan kini menghuni kedudukan teratas Kumpulan B.
JDT hadir ke bumi Vietnam dengan misi jelas memburu kemenangan mutlak, manakala Nam Dinh pula hanya memerlukan keputusan seri untuk kekal di puncak kumpulan.
Sekiranya menang, JDT akan melonjak ke tangga teratas Kumpulan B dengan 13 mata selepas lima perlawanan, memintas Nam Dinh yang ketika ini mengumpul 12 mata.
Lebih menarik, kemenangan itu juga bakal menyaksikan skuad Harimau Selatan melebarkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan musim ini kepada 14 perlawanan, sejak kali terakhir tewas kepada Melbourne City pada November lalu. [Read more…] about JDT juara kumpulan B jika Kalahkan Nam Dinh

