Saingan bermula 16 November 2023 hingga 11 Jun 2024. Skuad kendalian Kim Pan Gon ini sudah mula menampakkan hasilnya. Biarpun begitu perjalanan pasukan Malaysia untuk mara ke Piala Dunia masih jauh lagi. Sekarang berada di Pusingan Kedua dalam kempen kelayakan piala dunia 2026. Piala Asia Kita sudah tersingkir awal walaupun pada asalnya macam boleh pergi jauh. Takpalah yang penting dapat 1 mata pun sudah memadai. Tewas 0-4 dengan Jordan, tewas tipis 0-1 dengan Bahrain dan terakhir kita berjaya curi satu mata seri dengan pasukan besar, Korea 3-3(game yang paling epik) Sebab baru sahaja kita layak ke piala Asia secara merit dibawah kendalian Kim Pan Gon. Kalau kita lepas pusingan kedua, kita tak perlu ke kempen kelayakan piala asia, sebab slot akan dapat bila lepas pusingan kedua piala dunia.
Dalam kumpulan E piala asia, semua mara ke pusingan 16, kecuali Malaysialah balik awal. Bahrain sampai ke suku akhir , Korea Selatan sampai separuh akhir. Jordan sampai ke final beb. Semua pasukan maut sebenarnya. Jadi kita lupakan hal piala Asia, fokus ke Pusingan Piala Dunia. Kalau boleh nak lepas pusingan kedua lah. Kita perlukan 2 kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan tempat dalam 2 slot kumpulan D ini.
KUMPULAN D :
- OMAN
- KYRGYZSTAN
- CHINESE TAIPEI
- MALAYSIA
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan berdepan Oman, Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei/Timor-Leste dalam saingan Kumpulan D.
2 pasukan teratas setiap kumpulan (18 pasukan) akan layak ke Piala Asia 2027 dan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2026. [Read more…] about JADUAL MALAYSIA KELAYAKAN PIALA DUNIA PUSINGAN 2 2026