KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan kebajikan pemain menjadi antara faktor utama yang mendorong beliau mengundurkan diri daripada Kelantan The Real Warriors (TRW) pada tahun lalu.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas tidak bersetuju dengan beberapa aspek pengurusan pasukan, khususnya berkaitan layanan terhadap pemain yang dianggap tidak selari dengan status Liga Malaysia yang kini beroperasi secara profesional.
Annuar berkata beliau berasa kecewa apabila dimaklumkan bahawa pemain-pemain Kelantan TRW terpaksa menaiki bas untuk perjalanan jauh ke Kuala Lumpur dan pada masa yang sama hanya disediakan makanan ringkas seperti nasi bungkus ketika mengharungi jadual liga yang mencabar. [Read more…] about Annuar Musa Dedah Kebajikan Pemain Jadi Punca Berundur Dari Kelantan TRW

