Penanti 11 tahun beb tahun 2014 tak silaplah, last masa tuh ke final jumpa JDT. Masa tuh memang prime Pahang, star-star import dengan tempatan pun boleh tahan. Razman, Kawan Budak Pekan, Poyeng. Dickson Nwakaeme orang besi, Damien Stewart, Matias Conti Zesh Rehman. Semua nih legend-legeng beb.
Sri Pahang FC telah berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia 2025 setelah menewaskan Sabah FC dalam perlawanan separuh akhir. Mereka akan bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir tersebut. Perlawanan kedua-dua pasukan ini telah menjadi tumpuan utama, terutamanya selepas keseronokan yang ditunjukkan dalam aksi perlawanan separuh akhir di Stadium Temerloh, di mana tiket telah habis dijual, menunjukkan minat tinggi dari penyokong.
Sri Pahang menempah slot ke pentas final Unifi Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Temerloh.
Kemenangan 2-1 memastikan skuad kendalian Martin Stano layak dengan kemenangan agregat 3-2.
KEPUTUSAN PENUH : SRI PAHANG 2-1 SABAH
Jaringan oleh :
- Dominic Tan 72″ (Gol sendiri)
- S Kumaahran 77″
- K pah Shermen 107″
AGGREGATE SRI PAHANG 3-2 SABAH
Sri Pahang gol masa tambahan minit ke 107″
Separuh masa pertama agak seimbang dimana kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk melancarkan serangan. Biarpun pasukan tuan rumah dilihat lebih banyak mengasak, skuad Tok Gajah masih belum berjaya memecah gawang Sabah. Keputusan seri 0-0 dicatat di babak pertama perlawanan.
Bersambung aksi di babak kedua, kedua-dua pasukan tampak lebih berhati-hati dalam merencanakan asakan. Beberapa pertukaran turut dilakukan Fandi Ahmad dan Martin Stano di babak kedua, namun disiplin serta ketangkasan penjaga gol banyak menghalang daripada jaringan terhasil.
Pada minit ke-72 permainan, Sabah akhirnya dibolosi menerusi jaringan sendiri pemain gantian, Park Tae-su. Asakan yang dilakukan Sri Pahang telah memaksa Sabah dibolosi untuk jaringan pertama perlawanan.
Empat minit selepas Sri Pahang mendapatkan gol, S. Kumaahran berjaya menyamakan kedudukan untuk jaringan penting buat Sabah. Hantaran daripada Joao Pedro disudahkan dengan baik oleh S. Kumaahran sekaligus keputusan seri ini berlanjutan ke masa tambahan.
Kpah Sherman di masa tambahan pada minit ke-107 permainan menjadi wira buat Sri Pahang selepas menjaringkan gol kemenangan. Ia sekaligus melayakkan Sri Pahang ke pentas final Unifi Piala Malaysia.
Aksi di Stadium Temerloh tamat dengan keputusan Sri Pahang 2-1 Sabah.