Kita difahamkan skuad utama tidak diturunkan sangat dalam pertemuan malam semalam dengan pasukan Hari Ini FC. Ternyata percaturan Fandi Ahmad hampir memakan diri, tetapi berjaya di patahkan apabila menang tipis 3-2 ditempat lawan. Dalam saingan piala malaysia pusingan 16 pasukan terbaik first leg.
David Rowley gol pertama Sri Pahang.
Turun sebagai pasukan pilihan, pada separuh masa pertama skuad yang diberikan gelaran Tok Gajah, melancarkan serangan pantas , high pressing atas Harini FT sebaik sepak kaki mula. Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-20 untuk membuka jaringan menerusi David Rowley. Sri Pahang FC yang dibimbing Fandi Ahmad cuba mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.
SEPARUH MASA KEDUA, Sergio Aguero masuk, Syazwan Andik Ledak gol kedua, Sri Pahang.
Bersambung pada babak kedua, Fandi memasukkan kapten Sergio Aguero bagi menambah kreativiti di bahagian serangan. Percaturan jurulatih Singapura itu berhasil apabila Syazwan Andik menjaringkan gol kedua pada minit ke-53.
Hari ini hampir malukan Sri Pahang. Samakan kedudukan 2-2
Begitupun, jurang kelebihan yang dinikmati Tok Gajah mula berkurangan apabila Muhammad Fikri Mohamed Shah merapatkan jurang untuk Harini pada minit ke-59. Kesilapan Nick Swirad menghantar bola segera dipintas Fikri sebelum menewaskan penjaga gol Zarif Irfan Shamsuddin.
MATYO masih berbisa.
Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo melengkapkan kebangkitan Harini dengan satu rembatan kencang menewaskan Zarif Irfan pada minit ke-74.
Sri Pahang berjaya pintas hari ini minit ke 92″
Bagaimanapun, hasrat Harini mengikat Sri Pahang FC musnah apabila pemain gantian Baqiuddin Shamsuddin menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan. Kelebihan satu gol ini sudah cukup buat anak-anak buah Fandi apabila kedua-dua pasukan kembali bertemu pada aksi kedua di Stadium Darul Makmur pada 20 Ogos 2023 hari ahad.
Selepas ini, Sri Pahang FC bakal berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 8 Ogos ini untuk aksi Liga Super. Manakala Harini FC pula berdepan cabaran Persada Integriti Bersatu FC dalam aksi Liga M3 pada hari yang sama.