Menepati ramalan penulis, Singapura tertewas kali kedua dengan harimau muda 5 berbalas kosong beb. Mula-mula macam goyang jugak, tetapi ternyata pasukan anak buat Juan Torrers Garrido lebih menyerlah malam ini di stadium Gelora Bung Karno 10, 3 mata penting berjaya di kutip.
KEPUTUSAN PENUH :
SINGAPURA 0-5 MALAYSIA
- Ridzwan Rosli 7′
- Naim Zainudin 12′
- G. Pavithran 45+1′
- Farish Danish 73′
- Izzat Syahir 82′
Anak buah Juan Torres Garrido turun dalam misi mencatat kemenangan kedua selepas meraih kemenangan 11-0 mengatasi Brunei dalam aksi pertama minggu lepas. Minggu ini, menang lagi , yang bergaya nya masih lagi tanpa bolos.
SEPARUH MASA PERTAMA
Babak di separuh masa pertama menyaksikan Malaysia lebih garang mencari gol dengan keputusan 3-0. Gol pembukaan perlawanan dijaringkan pemain pertahanan, Ridzwan Rosli menerusi tandukan selepas menerima hantaran sepakan percuma daripada Muhammad Abu Khalil. Banyak set piece dan terus menerjah gawang lawan.
Selang lima minit selepas jaringan pertama terhasil, penyerang muda negara Naim Zainudin mencatat nama sebagai penjaring gol kedua. Kesilapan yang dilakukan pertahanan Singapura dengan mudah pemain Malaysia menewaskan penjaga gol singapura untuk gol kedua.
SINGAPURA HAMPIR GOL, SEPARUH MASA PERTAMA.
Pada minit ke-34 permainan, Singapura mendapat peluang keemasan untuk meledak. Pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Singapura selepas G Pavithran dipersalahkan kerana mengasari lawan dalam kotak penalti. Peluang itu bagaimanapun digagalkan penyerang Singapura, Kian Jared selepas penjaga gol Malaysia, Haziq Aiman bertindak cemerlang menyelamatkan gawang negara. Beliau dapat membaca pergerakan sepakan lawan sebelah kiri. Fuhh lega kejap masa tuh.
Sebelum perlawanan tamat, G. Pavithran menutup aksi di babak pertama dengan jaringan cantik menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gol Singapura, Tauf Erwan. Aksi di separuh masa pertama tamat, Malaysia 3-0 Singapura.
Bersambung aksi di babak kedua permainan, Juan Torres mula membuat pertukaran pemain dalam misi menambah kekuatan jentera serangan.
Percaturan pengendali Malaysia itu nyata membuahkan hasil apabila gerakan dua pemain gantian menatijahkan gol keempat buat Malaysia. Lorongan Abid Safaraz telah dimanfaatkan Faris Danish dengan tenang menyumbat bola ke gawang.
Pada minit ke-82 permainan, lontaran jarak jauh Malaysia terus menuju ke kawasan kotak penalti lawan telah dimanfaatkan penyerang gantian, Izzat Syahir yang menanduk bola ke gawang untuk gol kelima pasukan negara.
KAD MERAH OLEH ABID, Merugikan pasukan.
Sebelum aksi tamat, pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Abid Safaraz selepas pemain JDT IV itu membuat terjahan keras terhadap pertahanan Singapura. Sepatutnya pemain lebih rileks bukan babi buta nak terjah pemain je. Ingat pasukan dah leading, jangan buat kerja bodoh.
Aksi di Stadium Geloro Bung Tomo, Surabaya tamat dengan kemenangan milik Malaysia, Malaysia menang dengan keputusan 5-0 mengatasi Singapura.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Malaysia bakal berdepan cabaran terakhir dalam saingan peringkat Kumpulan C berdepan Thailand pada Khamis, 25 Julai 2024. Malaysia ketika ini mengungguli di kedudukan teratas saingan Kumpulan C dan kemenangan menentang Singapura sebentar tadi sekaligus mengesahkan kemaraan pasukan negara ke pusingan separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-19 2024.