Perlawanan pertama pusingan kedua dalam saingan kelayakan piala dunia 2026 yang akan berlangsung pada malam ini di gelanggang keramat Malaysia, Stadium Bukit Jalil. Dalam update terkini di facebook FAM, tiket agak slow, dalam lebih kurang 10 ribu lebih sahaja baru terjual.
Adakah sebab tiket terlalu mahal atau masa yang berlangsung pada hari bekerja, agak sukar buat peminat kipas susah mati harimau malaya untuk datang memberi sokongan tidak berbelah bagi pada malam ini?
Apepun perlawanan pada malam ini sangat penting bertemu dengan ranking yang lebih baik dari malaysia, harapnya mampu memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini dalam pertembungan dengan pasukan gergasi timur tengah.
Kumpulan D terdiri dari Oman, Kyrgyzstan, Chinese Taipei dan Malaysia. Untuk layak mara ke pusingan kedua, kena dapat no2 terbaik pasukan barulah layak. Harap malaysia mampu beri kejutan kepada pasukan Kyrgyzstan pada malam ini. Ini adalah rumah kita, gunakan kelebihan yang ada dengan sebaiknya.
Tugas berat di bahu jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon yang membawa pasukan Malaysia di pusingan kedua, malam ini akan diuji sekali lagi sejauh mana kehebatan pasukan Harimau Malaya untuk terus berjuang dalam kempen kelayakan piala Dunia 2026.
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS KYRGYZSTAN 16.11.2023
LIVE STREAMING MALAYSIA VS KYRGYZSTAN 16.11.2023
DISINI