Kita sudah masuk peringkat separuh akhir. Lama juga dah tak dapat masuk separuh akhir, jumpa pulak kuasa besar dunia, China. Nampaknya Denmark dah pulang awal semalam tewas dengan pasukan Chinese Taipei 1-3. Indonesia juga mara tewaskan pasukan Korea Selatan 3-1 juga.
Malaysia mara ke separuh akhir menewaskan pasukan Jepun 3-1 pun kita tak jangka boleh menang, sebab peluang untuk menang dalam 50 peratus. Lee Zii Jia main baik pulak game pertama, beregu pertama kita tewas, tetapi single kedua kita menang dan beregu kedua kita juga menang.
Berapa peratus untuk menang lawan dengan China?
Sukar untuk di tafsir. tetapi tidak mustahil. Kalau dari segi rangking semasa memang lebih kepada pasukan China, cuma dari segi keadaan semasa dan taktikal dari jurulatih, kita masih ada harapan untuk menang. Bagi aku peluang untuk menang dalam 40 peratus. Cuma kita harap diadili dengan baik, dengan kalau kita kalah pun biarlah kalah melawan macam lawan dengan Denmark peringkat kumpulan tempohari.
Yang penting kalau dapat tewaskan Shi Yu Qi, beregu pertama kita menang, single kedua kalau tak menang takpa, kita harapkan beregu kedua harap menanglah. Jangan sampai last man lawan peluang untuk menang agak kurang.
Kurang-kurang kita menang 3-1 , kalau sengit dapat menang 3-2. Tapi agak payah, mungkin aku rasakan kita akan tewas koman-koman 2-3 atau 1-3. Jangan kena bantai 0-3 tuh agak teruk. Kalah biarlah kita kalah melawan.
Semoga berjaya buat skuad badminton Malaysia petang ini
MALAYSIA VS CHINA SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024
MASA : 5 PETANG (WAKTU MALAYSIA).
LOKASI : GUANGDONG , CHINA
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS CHINA 4.5.2024
INFO SIARAN LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS
TONTON DISINI RTM LIVE TV OKEY
PERSEORANGAN PERTAMA :
SHI YUQI (2) VS LEE ZII JIA. (10).
BEREGU PERTAMA :
SINGLE KEDUA :
SHI FENG LI VS JUN HAO LEONG VS JUSTIN HOH.
BEREGU KEDUA :
JI TENG HE/ XIANG YU REN VS GOH SZE FEI FT IZZUDIN.
SINGLE KETIGA (LAST).
GUANG ZHU LU V