Aku dah agak dah mesti game yang best punya. Biarpun ketinggalan 0-2. Pasukan the Red Giants (Selangor) tidak berputus asa untuk mengejar 2-2. Namun pasukan terengganu lebih aggresive mencari gol kemenangan. Biarpun pasukan Selangor ketinggalan satu gol ditempat lawan, Nizam selaku jurulatih optimis pasukan Selangor akan bangkit di tempat sendiri.
Masih ada 90 minit lagi untuk bangkit semula buat pasukan Selangor. Buat terengganu, masih belum selesa dengan bekalan 3 gol itu , sebab selangor dapat 2 gol. Biarpun takda format gol pelawat sebagai kelebihan, kena ambil tahu, pasukan selangor takkan memberi kemenangan mudah buat terengganu bermain ditempat lawan pulak nanti.
KEPUTUSAN PENUH :
FCTerengganu 3-2selangorfc
Jaringan oleh :
⚽️ Safawi Rasid
⚽️ Nurillo Tukhtasinov
⚽️ Fortes
⚽️ Noor Rawabdeh
⚽️ Ismaheel Akinade
Skuad kendalian Nidzam Jamil bertandang ke Gong Badak untuk memburu kemenangan selesa di tempat lawan. Manakala anak buah Tomislav Steinbruckner pastinya mahu menggunakan kelebihan di laman sendiri memastikan bekalan selesa di timbal balik kedua pada 3 ogos nanti.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Terengganu dilihat lebih selesa mengawal permainan berbanding Selangor.
Pada minit ke-30 permainan, Kapten Terengganu, Safawi Rasi menghadiahkan jaringan pertama pasukan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.
Selang lima minit kemudian, giliran Nurillo Tukhtasinov menggandakan jaringan kedua buat Terengganu menerusi sepakan deras dari luar kotak menewaskan penjaga gol, Sam Sommerville.
Selangor tidak putus asa, Alvin Fortes menjaringkan gol pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada Mukhairi Ajmal pada minit ke-39 permainan.
Separuh masa pertama tamat, Terengganu 2-1 Selangor FC.
Selangor bermula garang seawal minit ke-47 permainan, Arkitek tengah, Noor Al Rawabdeh menyamakan kedudukan selepas bijak melakukan rembatan selepas bola muntah dalam kawasan pertahanan Terengganu.
Terengganu tambah balik derita Selangor.
Terengganu terus tidak berputus asa, Ismahil Akinade meledak gol ketiga pasukan sekaligus menjarakkan lagi perbezaan jaringan pada minit ke-70 permainan.
Nidzam Jamil melakukan dua pertukaran pada minit ke-80 permainan memasukkan Syahir Bashah dan Alif Haiqal menggantikan Alvin Fortes dan Alex Agyarkwa.
Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, giliran Terengganu beri kekalahan kepada Selangor musim ini.
Buat pasukan Selangor, harap bangkit di tempat sendiri. Kena fikir strategi yang lain. Gunakan apa yang ada untuk baiki kelemahan. Kena akui pasukan Terengganu lebih baik main game pada perlawanan pertama malam semalam.