Bermain di gelanggang sendiri. Pasukan tuan Rumah selangor yang ketinggalan defisit satu gol. Perlu bangkit pada perlawanan suku akhir kedua. Dan ianya terbalas pada perlawanan malam ini. Namun ada harga yang perlu dibayar. 2 pemain selangor, orozco & reziq banihani tak dapat main di game separuh akhir nanti bertempur dengan pasukan Terengganu bukanlah lawan yang mudah.
Bukan mudah buat pasukan Selangor untuk bangkit semula ditempat sendiri. Tertekan pun ada , sebab dah ketinggalan. Pasukan selangor mengasak mencari gol awal, tetapi pasukan Kuching City terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke 15″. Lagilah tertekan masa itu, sebab aggregate Kuching city 3-1 Selangor.
Selangor dibolosi jaringan pertama daripada pasukan pelawat menerusi Shamie Iszuan. Hantaran daripada Jordan Mintah mudah disempurnakan Shamie untuk gol pembukaan perlawanan.Namun selangor pun lebih rileks, dapat juga jaringkan gol penyamaan pada minit ke 27 oleh pemain pertahanan iaitu Ahmad Zikri Khalili.
Sebelum aksi di babak pertama tamat, Alvin Fortes memberi kegembiraan buat penyokong Selangor untuk jaringan kedua pasukan. Percubaan Alvin Fortes gagal diselamatkan penjaga gol Kuching City, Shahril Saari. Separuh masa pertama tamat, Selangor mendahului Kuching City dengan keputusan 2-1. Aggregate masa ini sama 3-3.
SEPARUH MASA KEDUA, MACAM-MACAM INSIDEN BERLAKU.
KEPUTUSAN PENUH :
SELANGOR 3-2 KUCHING CITY
Jaringan oleh :
- Shamie Iszuan 15
- Zikri 27″
- Alvin Fortes 39″
- Alvin Fortes 97″
- Muhammad Alif Hassan 98″
Dah leading, tetapi tak ingat dunia.
Selangor akhirnya berjaya merobek gawang Kuching City untuk gol ketiga sekali lagi menerusi Alvin Fortes. Masa game dah nak habis, itulah semua leka ketika nak mengesahkan slot ke separuh akhir bagaimanapun tak kekal lama apabila Kuching City secara tiba-tiba menjaringkan gol kedua menerusi pemain tengah, Muhammad Alif Hassan.
Babak separuh masa kedua tamat dengan keputusan 3-2 dan perlawanan diteruskan ke masa tambahan apabila agregat kedua-dua pasukan seri 4-4.
Reziq Bani Hani menjadi pemain kedua Selangor yang dilayangkan kad merah apabila kesalahan yang dilakukan dikesan pengadil perlawanan. Keputusan 4-4 kekal di masa tambahan dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Perlawanan di Stadium MBPJ berakhir dengan penentuan sepakan penalti menjadi milik Selangor sekaligus menyaksikan kemaraan Selangor ke pusingan separuh akhir. Selangor menang 5-3 dengan Kuching City.
Selangor menempah pertemuan menentang Terengganu dalam aksi separuh akhir yang juga bakal dilangsungkan dalam format timbal balik pada tarikh dan venue yang akan diumumkan kelak. Tahniah buat pasukan Selangor, buat pasukan Kuching city cuba lagi untuk game yang akan datang ok.