Sengit game ini. 5 jaringan terhasil dalam perlawanan akhir pertama di stadium MBPJ, Piala Cabaran. Cuma kehadiran penonton agak suram. Lebih 5 ribu lebih sahaja yang datang dalam perlawanan akhir. Nampaknya terfikir apa masalah yang menyebabkan penyokong tidak dapat hadir dalam perlawanan malam ini. Perlawanan hari cuti dah nih.
KEPUTUSAN PENUH FINAL FIRST LEG PIALA CABARAN
SELANGOR 3-2 PDRM
Jaringan oleh :
- Alvin Fortes (4′, 18′),
- Shahrel Firki (28′),
- Badrul Affendy (39′)
- Ali Olwan (51′)
Selangor bagaimanapun membawa bekalan tipis dalam aksi final pertama MFL Challenge Cup setelah tumbangkan PDRM meskipun hanya beraksi dengan 10 orang pemain. Next final Safwan memang tak boleh main.
Pertembungan yang dinantikan ramai ini menjadi tumpuan dengan PDRM hadir dengan status juara bertahan tatkala Selangor memasang impian untuk menambah koleksi piala.
Katsuhito Kinoshi menurunkan kesebelasan terkuat diketuai kapten Selangor oleh Safuwan Baharudin sementara PDRM pertaruh khidmat Ifedayo dan Shahrel Fikri untuk memburu jaringan.
Seawal minit ke-4 permainan, pemain sayap sensasi, Alvin Fortes meletakkan tuan rumah di hadapan dengan jaringan pendahuluan apabila mudah menolak bola ke gawang PDRM.
Walau bagaimanapun, Selangor dirudum malang ketika ketua pasukan, Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah di minit ke-12 setelah semakan dibuat oleh pengadil menerusi VAR.
Beraksi dengan kekurangan seorang pemain bagaimanapun tidak mematahkan semangat Selangor bagi menambah gol dengan Alvin Fortes sekali lagi muncul penjaring di minit ke-19.
Kelebihan seorang pemain tetap digunakan oleh PDRM bagi meledak dua jaringan hasil percubaan Shahrel Fikri dan juga tandukan Badrul Effendy bagi kembali mengikat kedudukan 2-2
Separuh masa pertama tamat, Selangor 2-2 PDRM.
Kembali dari rehat, Gergasi Merah kembali memimpin aksi dengan gol ketiga oleh penyerang Jordan, Ali Olwan pada minit ke-50 sekaligus menceriakan para peminat Selangor.
PDRM yang tampak terdesak mencari jaringan penyamaan tidak menunggu lama untuk membuat pertukaran dengan membawa masuk Bruno Suzuki, Hadi Fayyadh dan Shafizi Iqmal.
Usaha tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila Selangor utuh pertahankan gawang meskipun terpaksa mengerah kudrat tambahan tanpa seorang pemain.
Aksi di Stadium MBPJ berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Selangor.
Perlawanan timbal balik dijadualkan berlangsung pada 22 Februari hadapan.
VIDEO GOL HIGHLIGHTS FINAL FIRST LEG PIALA CABARAN 15.2.2025