Aku cedok dari harian metro dia punya gaji Park Hang Seo masa dia jadi jurulatih Vietnam lebih kurang 2 kali ganda lebih sikit dari gaji Kim Pan Gon. Gaji dia lebih kurang 50,000 usd beb , tukar kepada Ringgit lebih kurang RM218,000 sebulan. Gaji Kim Pan Gon lebih kurang 20,000 usd sebulan, tukar lebih kurang RM87,000 lebih sebulan lah.
Sanggup FAM untuk pertimbangkan gaji Park Hang Seo? Mungkin lagi kena pertimbangkan lagi gaji yang lain-lain dia punya team kena bayar jugak tuh.
Ejen kepada Hang Seo, Lee Dong Jun dilaporkan bersedia untuk mengadakan rundingan bersama FAM sekiranya benar-benar berminat dengan khidmat pengendali dari Korea Selatan itu.
Sebagai rekod, Hamidin dalam sidang media pada minggu lalu mengakui Park Hang Seo menjadi salah seorang jurulatih yang berada dalam radar FAM untuk mengemudi Harimau Malaya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pihaknya ketika ini akan membuat penilaian rapi terlebih dahulu terhadap prestasi Pau Marti Vicente sebelum memutuskan untuk mengambil ketua jurulatih baharu buat Harimau Malaya.
Tapi pada masa yang sama, Park Hang Seo menafikan bahawa dia ditawarkan atau ada perbincangan untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya. Aku berpendapat kalau dia perform apa salahny? Tetapi kalau keputusan dia tak berapa memberasangkan baik tak payahla. Tetapi dia punya bench mark bawa pasukan vietnam ranking bawah seratus berbaloi bayar mahal. TMJ pun ada bagi suggestion ambil coach ala-ala spain, atau argentina dan tak mahu yang sudah terlalu tua. Ambil yang muda. Semuanya terpulang kepada pihak pengurusan FAM. Ada duit tak?