Hari tuh Kawasaki Kelantankan JDT 5-0 di laman mereka sendiri. Hari ini giliran Sabah on Fire biarpun bermain ditempat lawan. Dalam sidang media semalam, Datuk Ong Kim Swee tetap waspada pasukan Hougang United biarpun mereka di tangga terbawah kumpulan I ini.Sebab takut akan makan diri. Apepun persembahan Sabah pada perlawanan malam ini, Sabah berada di kelas yang tersendiri. Dengan kemenangan 4-1 keatas pasukan Hougang United sebentar tadi, Sabah sudah mengesahkan tempat di peringkat seterusnya dalam kempen piala AFC 2023.
KEPUTUSAN PENUH :
HOUGANG UNITED 1-4 SABAH
Jaringan oleh :
- Naoki Kuriyama (gol sendiri) 16″
- Darren Lok, Penalti 45″
- Ramon 49″
-
Anders Aplin (gol sendiri) 77″
-
Gabriel Quak Jun Yi 90+1″
Sabah FC meneruskan aksi cemerlang mereka di pentas asia apabila berjaya menumbangkan wakil Singapura, Hougang United dalam saingan Kumpulan F Piala AFC sebentar tadi. Sabah yang menurunkan barisan terkuat mereka memulakan perlawanan dengan momentum menyerang(high pressure) bertali arus.
Selepas beberapa percubaan Sabah tidak menemui jaring lawan, Sabah akhirnya berjaya di hadapan pada minit ke-16 melalui gol sendiri pertahanan Hougang, Naoki Kuriyama yang tertampan bola hasil hantaran lintang Daniel Ting di bahagian kiri.
Selepas terhasilnya gol pendahuluan tersebut, perlawanan terpaksa ditangguhkan (interrupted) seketika, hujan petir pulak datang melanda Stadium Jalan Besar. Air pun bertakung dekat padang.
Perlawanan hanya disambungkan semula pada 8.53 malam (waktu malaysia) dengan keadaan padang yang semakin ditakungi air dan menyebabkan pergerakan bola beberapa kali tersekat.
Sabah meneruskan momentum serangan dengan beberapa percubaan. Ketika separuh masa pertama hampir ditamatkan, Darren Lok berjaya menambah derita Hougang dengan sepakan penalti pada minit ke-44. Apabila jatuhkan pemain sabah Miguel Cifuentes oleh Nazrul Nazari dalam kotak penalti. Darren tenang ambil penalti, dan gol terus menutup separuh masa pertama dengan keputusan 2-0 memihak Sabah.
Bersambung babak kedua, Hougang terus ditekan dengan hebat oleh barisan pemain Sabah yang sangat garang di bahagian serangan.
Hasil serangan bertali arus, Sabah akhirnya berjaya meledak lagi kali ini melalui Ramon Machado yang menyudahkan hantaran menarik dari Cifuentes pada minit ke-50.
Ketinggalan dengan tiga jaringan, Hougang dilihat semakin tertekan dan segalanya seperti tidak menjadi buat mereka.
Pada minit ke-77, Sabah berjaya merekodkan jaringan keempat mereka dalam perlawanan ini selepas Anders Aplin tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran lintang dari Rizal Ghazali. Sabah di hadapan 4-0.
GOL SAGUHATI , MINIT KE 91″
Tuan rumah akhirnya berjaya mendapat gol saguhati pada masa kecederaan melalui percubaan menarik Gabriel Quak sekali gus mengubah kedudukan menjadi 4-1.
Tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan selepas itu sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat Sabah. Sabah kini berada di puncak carta Kumpulan H Piala AFC dengan mengumpul 12 mata manakala Hougang kekal di kedudukan tercorot selepas mengutip 3 mata selepas 5 perlawanan. Menang dengan Hai Phong 2-1.