• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2024-25

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2024/25

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
You are here: Home / PIALA ASIA / REKOD 5PERTEMUAN TERAKHIR NEPAL VS MALAYSIA CURI TUMPUAN

Mar 24 2025

REKOD 5PERTEMUAN TERAKHIR NEPAL VS MALAYSIA CURI TUMPUAN

Rekod 5 Pertemuan Terakhir Malaysia vs Nepal Curi Perhatian

 Azim Noor    8:28am 23/03/2025

Rekod pertemuan lalu membabitkan Malaysia dan Nepal dilihat memberi kelebihan kepada skuad negara.

Berdasarkan rekod rasmi semasa, Harimau Malaya masih belum tewa kepada The Gorkhalis dalam tujuh perlawanan. Ini termasuk lima kemenangan dalam lima aksi terakhir kedua-dua pasukan.

Rekod 5 Pertemuan Terakhir Malaysia vs Nepal Curi Perhatian

 Azim Noor    8:28am 23/03/2025

Rekod ini tidak termasuk perlawanan tidak rasmi skuad negara dengan Nepal pada Mac 2024. Perlawanan itu menyaksikan Malaysia menewaskan Nepal 5-1.

Kemenangan terbesar Malaysia ke atas Nepal direkodkan dalam aksi Pestabola Merdeka 1983. Aksi yang berlangsung pada 19 September 1983 menyaksikan Harimau Malaya menang 7-0.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah aksi persahabatan yang berlangsung pada 2 Jun 2019. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Harimau Malaya.

Ad

Penalti Safawi Rasid dan gol Shahrul Saad memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan yang dibimbing Tan Cheng Hoe ketika itu.

Ad

Aksi ini turut menyaksikan Faisal Halim dan Dominic Tan meraih penampilan pertama mereka bersama Harimau Malaya.

Menariknya, beberapa pemain yang pernah beraksi dalam perlawanan itu dipanggil Peter Cklamovski untuk aksi menentang The Gorkhalis.

Selain Safawi, Shahrul dan Faisal, bekas pengendali FC Tokyo itu turut menyenaraikan Matthew Davies, Corbin Ong dan Akhyar Rashid.

Rohit Chand menjadi satu-satunya pemain Nepal yang dipanggil dari skuad tahun 2019 oleh jurulatih baru mereka, Matt Ross.

Meskipun mengetengahkan ramai pemain muda, itu bukan halangan buat The Gorkhalis menundukkan Singapura dalam aksi persahabatan pada 21 Mac lalu.

Keputusan ini dilihat amaran buat Harimau Malaya agar tampil lebih jitu jika ingin mempertahankan rekod tanpa kalah mereka dengan Nepal.

 

Aksi pada 25 Mac ini bukan saja peluang buat Harimau Malaya meraih kemenangan pertama untuk kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Malah, ini juga penampilan pertama buat Cklamovski sebagai jurulatih selepas menggantikan pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente.

Aksi ini juga berpotensi menjadi penampilan pertama buat dua tonggak warisan baharu Malaysia, Gabriel Palmero dan Hector Hevel.

Written by mynewspo-admin · Categorized: PIALA ASIA · Tagged: Rekod 5 Pertemuan Terakhir Malaysia vs Nepal Curi Perhatian

UserOnline

74 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in