• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
You are here: Home / PIALA MALAYSIA / PERAK IKAT SABAH 2-2 Suku akhir 1, Piala Malaysia 15.9.2023

Sep 15 2023

PERAK IKAT SABAH 2-2 Suku akhir 1, Piala Malaysia 15.9.2023

KEPUTUSAN SABAH 2-2 PERAK

 

Hasrat pasukan Sabah untuk mendapatkan bekalan yang selesa bermain ditempat sendiri tidak tercapai apabila hanya terikat seri 2-2. Biarpun banyak serangan yang dihasilkan pada minit-minit terakhir, gagal mencari gol kelebihan buat Sabah.

 

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN SUKU AKHIR1

FULL TIME | Sabah FC 2-2 Perak FC
  • [1-0] Darren Lok 4′
  • [1-1] Luciano Guaycochea 10′
  • [2-1] Ramon Machado 46′
  • [2-2] Wan Zack Haikal 54′

Betul apa yang disangkal oleh Datuk Ong Kim Swee pengendali Sabah, pasukan Perak tidak boleh dipandang sebelah mata. Ini yang terjadi pada malam tadi.

PERLAWANAN KEDUA, DI PERAK PENENTU SIAPA YANG AKAN MARA KE SEPARUH AKHIR.

Kedudukan itu sekali gus menjadikan perlawanan kedua nanti lebih sengit kerana masing-masing pasti melakukan yang terbaik untuk memastikan dapat melangkah ke pusingan seterusnya.

Sabah didepan awal game.

Dalam aksi sebentar tadi, Sabah memulakan jaringan seawal minit keempat permainan menerusi tandukan Darren Lok hasil hantaran Kwang Min Ko yang berjaya menewaskan penjaga gol Perak, T Shaheeswaran.

Bagaimanapun, kedudukan itu hanya mampu bertahan enam minit sebelum Perak berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kaptennya, Luciano Guaycochea pada minit ke-10.

Usaha pemain kedua-dua pasukan selepas itu gagal menambah sebarang gol walaupun masing-masing melakukan beberapa cubaan berbahaya sehingga tamat separuh masa pertama.

SEPARUH MASA KEDUA.

Beralih ke babak kedua, Sabah sekali lagi mencipta gol awal, hanya beberapa saat selepas perlawanan bermula hasil tandukan Ramon Machado yang menerima hantaran Saddil Ramdani.

Perak dua kali Comeback!

Gol pada minit ke-45 itu meletakkan Sabah buat seketika di hadapan dengan kedudukan 2-1, namun sama seperti babak pertama, Perak berjaya lagi menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Kedudukan 2-2 pada minit ke-54 itu hasil gol disumbangkan Wan Zack Haikal selepas menerima bola daripada sepakan sudut sebelum berjaya dihalakan dengan tepat ke arah gawang Sabah.

Dalam keadaan mencari gol lagi, pemain Sabah mula bertindak agresif bermula 20 minit sebelum masa tamat sehingga lima minit masa kecederaan, namun tetap gagal mencipta sebarang gol. Penjaga gol perak pun banyak membuang masa dengan injury dia.

Peluang diperolehi Sabah melalui serangan demi serangan menjelang penghujung masa permainan hingga mencetuskan beberapa kali situasi cemas di hadapan gawang Perak gagal dimanfaatkan dengan baik. Perak pun ada peluang satu masa one by one, tetapi tersilap perhitungan sepak ke kiri gawang.

1. Mudah Sabah untuk jaringkan gol pertama dan mudah juga bolos dari freekick.
2. Perak main sangat bagus bila build up play. Confident pegang bola untuk melepasi pressing Sabah
3. Sabah beberapa kali mendapat peluang menambah jaringan. Tapi kurang ketepatan penyudah didepan gol
4. Focal point serangan Sabah dengan Saddil Ramdani.. Saddil dua shot, dan membuka ruang baik didepan dengan hantaran kedepan
5. Serangan Sabah kurang agresif didepan. Penguasaan tu sudah dilihat tapi perlu baik dari aspek teknikal pemain
6. Masa pertama yang happy dari Perak walaupun Sabah menguasai perlawanan tapi gagal menambah jaringan..
7. Sabah perlu lebih solid dibahagian tengah yang dilihat mudah ditembusi tengah Perak. Ketiadaan Park juga amat dirasai

Suku akhir kedua nanti di stadium Ipoh, Perak menjadi perhitungan terakhir buat pasukan Perak dan Sabah pada 25 haribulan nanti hari isnin. Jangan lupa semua buat peminat bolasepak perak, turun distadium Ipoh nanti tuh. Sokong pasukan anda. Yusri che lah dah bagi yang terbaik, sekarang terpulang pada anda untuk memberi sokongan padu dari peminat memberi kekuatan dan semangat kepada pemain hari sabtu minggu depan. Chooww..

Written by mynewspo-admin · Categorized: PIALA MALAYSIA · Tagged: PERAK IKAT SABAH 2-2 Suku akhir 1, Piala Malaysia 15.9.2023, ulasan sabah 2-2 perak piala malaysia 15.9

UserOnline

41 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in