Hasrat pasukan Sabah untuk mendapatkan bekalan yang selesa bermain ditempat sendiri tidak tercapai apabila hanya terikat seri 2-2. Biarpun banyak serangan yang dihasilkan pada minit-minit terakhir, gagal mencari gol kelebihan buat Sabah.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN SUKU AKHIR1
- [1-0] Darren Lok 4′
- [1-1] Luciano Guaycochea 10′
- [2-1] Ramon Machado 46′
- [2-2] Wan Zack Haikal 54′
Betul apa yang disangkal oleh Datuk Ong Kim Swee pengendali Sabah, pasukan Perak tidak boleh dipandang sebelah mata. Ini yang terjadi pada malam tadi.
PERLAWANAN KEDUA, DI PERAK PENENTU SIAPA YANG AKAN MARA KE SEPARUH AKHIR.
Kedudukan itu sekali gus menjadikan perlawanan kedua nanti lebih sengit kerana masing-masing pasti melakukan yang terbaik untuk memastikan dapat melangkah ke pusingan seterusnya.
Sabah didepan awal game.
Dalam aksi sebentar tadi, Sabah memulakan jaringan seawal minit keempat permainan menerusi tandukan Darren Lok hasil hantaran Kwang Min Ko yang berjaya menewaskan penjaga gol Perak, T Shaheeswaran.
Bagaimanapun, kedudukan itu hanya mampu bertahan enam minit sebelum Perak berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kaptennya, Luciano Guaycochea pada minit ke-10.
Usaha pemain kedua-dua pasukan selepas itu gagal menambah sebarang gol walaupun masing-masing melakukan beberapa cubaan berbahaya sehingga tamat separuh masa pertama.
SEPARUH MASA KEDUA.
Beralih ke babak kedua, Sabah sekali lagi mencipta gol awal, hanya beberapa saat selepas perlawanan bermula hasil tandukan Ramon Machado yang menerima hantaran Saddil Ramdani.
Perak dua kali Comeback!
Gol pada minit ke-45 itu meletakkan Sabah buat seketika di hadapan dengan kedudukan 2-1, namun sama seperti babak pertama, Perak berjaya lagi menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.
Kedudukan 2-2 pada minit ke-54 itu hasil gol disumbangkan Wan Zack Haikal selepas menerima bola daripada sepakan sudut sebelum berjaya dihalakan dengan tepat ke arah gawang Sabah.
Dalam keadaan mencari gol lagi, pemain Sabah mula bertindak agresif bermula 20 minit sebelum masa tamat sehingga lima minit masa kecederaan, namun tetap gagal mencipta sebarang gol. Penjaga gol perak pun banyak membuang masa dengan injury dia.
Peluang diperolehi Sabah melalui serangan demi serangan menjelang penghujung masa permainan hingga mencetuskan beberapa kali situasi cemas di hadapan gawang Perak gagal dimanfaatkan dengan baik. Perak pun ada peluang satu masa one by one, tetapi tersilap perhitungan sepak ke kiri gawang.
Suku akhir kedua nanti di stadium Ipoh, Perak menjadi perhitungan terakhir buat pasukan Perak dan Sabah pada 25 haribulan nanti hari isnin. Jangan lupa semua buat peminat bolasepak perak, turun distadium Ipoh nanti tuh. Sokong pasukan anda. Yusri che lah dah bagi yang terbaik, sekarang terpulang pada anda untuk memberi sokongan padu dari peminat memberi kekuatan dan semangat kepada pemain hari sabtu minggu depan. Chooww..