Penang Diikat Sabah Saat Akhir, Final Pertama Berakhir Seri 🔥
Penang FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 selepas diikat Sabah FC pada aksi final pertama MFL Challenge Cup 2025–2026 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Seawal permainan, kedua-dua pasukan tampil agresif memburu jaringan pembukaan. Penang yang diketuai oleh Tchéché Kipré dan Dylan Wenzel-Halls dilihat lebih menguasai serangan, namun gagal memecah kebuntuan pada babak pertama
Sabah turut memberi ancaman menerusi serangan balas pantas, termasuk percubaan Ondong Mba, tetapi kedua-dua pasukan kekal buntu dengan keputusan 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Masuk babak kedua, tempo permainan semakin meningkat. Penang akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-70 hasil jaringan Dylan Wenzel-Halls, sekali gus menggegarkan Stadium Bandaraya.
Namun, ketika kemenangan seakan milik tuan rumah, Sabah bangkit di saat akhir. Gabriel Peres tenang menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas berlaku kekasaran dalam kotak penalti.
Keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat, menjadikan perlawanan kedua di Stadium Likas pada 19 April ini sebagai penentu kejuaraan.
Segalanya masih terbuka. Final sebenar bakal meletup di Sabah 🔥
