• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
  • TOP SCORER LIGA SUPER
You are here: Home / PIALA MALAYSIA / CHALLENGE CUP / PDRM mara ke final Piala Cabaran, bakal bertemu Selangor atau Penang

Feb 02 2025

PDRM mara ke final Piala Cabaran, bakal bertemu Selangor atau Penang

keputusan kedah vs pdrm

Sengit! Itu sahaja yang boleh diperkatakan perlawanan malam ini diantara pasukan KEDAH VS PDRM di stadium Darul Aman, Kedah. Perlawanan separuh akhir pertama juga sama hebat seri 3-3.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

KEDAH 1-1 PDRM

Jaringan oleh :

Hisyam 59″

Khirudin 90+7″

AGGREGATE

KEDAH 4-4 PDRM

Penentuan penalti.

PDRM MENANG 5-4.  PDRM mara ke final bakal bertemu dengan Penang atau Selangor.

Penyerang import, Milos Gordic diberi peranan penting bagi mengetuai barisan pemain Kedah manakala PDRM menaruh harapan kepada gandingan Ifedayo Omosuyi serta Shahrel Fikri.

Permainan berlangsung sedikit perlahan dengan Kedah mula mengatur serang ke arah kubu PDRM sambil Sang Saka Biru lebih banyak menunggu peluang untuk membalas serangan.

Usaha tanpa henti oleh Kedah dan juga PDRM dalam misi memburu jaringan tampak tidak membuahkan hasil tatkala permainan di babak pertama mula menuju ke penghujung.

Separuh masa pertama tamat, Kedah 0-0 PDRM.

Kembali di babak kedua, tuan rumah akhirnya membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah, Amirul Hisyam yang bijak melepaskan percubaan kencang untuk menembusi gawang PDRM.

Seakan tersentak, pasukan bimbingan P. Maniam ini cuba mengasak gawang Kedah namun setiap gerakan yang direncana PDRM dipatahkan oleh barisan pertahanan Kedah.

Ketika Kedah hampir pasti ke final, Shafizi Iqmal muncul wira PDRM dengan gol penyamaan selepas manfaatkan keadaan huru-hara di hadapan pintu gol Sang Kenari di minit akhir.

Permainan 90 minit di Stadium Darul Aman berakhir dengan keputusan 1-1 sekaligus mengheret aksi ke tambahan masa 30 minit.

Sungguhpun begitu, masih tiada gol tambahan dihasilkan di sepanjang 30 minit tambahan memaksa Kedah serta PDRM untuk berentap di penentuan sepakan penalti selepas itu.

Di aksi penentuan sepakan penalti itu, PDRM muncul pemenang setelah bek kanan Kedah, Wan Amirul Afiq gagal menyempurnakan sepakan penalti

Menanti PDRM di perlawanan akhir MFL Challenge Cup nanti adalah pemenang aksi Selangor vs Penang yang dijadualkan akan bertemu di Stadium MBPJ pada Ahad esok nanti. Tahniah diucapkan buat skuad PDRM. Buat kedah aku respek dekat hang biarpun gaji ada masalah sangkut. Tetap bagi all out game separuh akhir piala cabaran 2024/25.

Written by mr bola · Categorized: CHALLENGE CUP · Tagged: bakal bertemu Selangor atau Penang, PDRM mara ke final Piala Cabaran

UserOnline

65 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in