Pasukan Penang FC semakin hampir untuk melangkah ke pentas final selepas menewaskan Kelantan TRW dengan keputusan 5-2 dalam aksi separuh akhir pertama saingan Challenge Cup yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Selasa.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan TRW mempertaruhkan Azfar Arif Sukri di posisi penjaga gol dengan Azam Azih mengetuai pasukan selaku kapten, manakala Enzo Celestine menjadi sandaran utama di bahagian serangan.
Penang FC pula menurunkan Ramdhan Hamid sebagai penjaga gol, dengan gandingan penyerang Douglas Coutinho dan Oj Porteria menjadi tonggak utama jentera serangan Harimau Kumbang. [Read more…] about Challenge Cup: Penang Hampiri Final, Jinakkan Kelantan TRW




