Macam nilah main! 2 gol oleh pemain import Perak, Lee Tae Min Lee Min ho , menghadiahkan tiga mata pertama buat pasukan Perak pada malam ini di tempat lawan. Minggu lepas Yeop kecewa last minit PDRM kutip tiga mata ditempat sendiri tewas tipis dengan PDRM 2-3. Dahla dekat nak cari gol, sekali diaorang kaunter, lagi Ifedayo jarang buat silap depan gol dia memang mesin gol punya.
Itu cerita minggu lepas, minggu ini skuad Yusri Che Lah bangkit dari kekalahan, yang paling manis tanpa bolos, 2 gol dari pemain import Lee Tae Min. Pemain penting seperti Wan Zack Haikal (wajar dipanggil semula untuk skuad kebangsaan) membantu pasukan Perak dari segi morale dan beberapa create untuk perak.
Skuad kendalian Yusri Che Lah ketika ini dalam misi memburu kemenangan pertama saingan Liga dengan menurunkan beberapa barisan mantap seperti Wan Zack Haikal dan Luka Milunovic.
KEDAH CARI MATA PERTAMA JUGA, tetapi gagal.
Sementara Kedah mahu bangkit mencari kemenangan kedua aksi Liga selepas tewas kepada Selangor minggu lepas. Skuad kendalian Nafuzi Zain memberi tanggungjawab kepada Milos Gordic, Sony Norde dan Syafiq Ahman berada di barisan menyerang.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. Kedah berjaya membuat dua cubaan tepat seawal 10 minit permainan.
PERAK LEDAK GOL PERTAMA.
Pada minit ke-17 permainan, penyerang Korea Selatan, Lee Tae-min membuka jaringan pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran bijak daripada rakan sepasukan sebelah kiri, dia mempamerkan ketenangan untuk menyambut hantaran jauh sebelum memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, untuk gol pertama Sang Seladang pada minit ke-16.
Baca juga : CARTA LIGA SUPER 2024/25
Separuh masa pertama tamat, Kedah 0-1 Perak.
Serangan demi serangan dari Kedah mencari gol penyamaan, tetapi gagal. Hingga pada minit ke-58, pemain import Kedah, Sukhrob Nurulloev hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut dari luar kotak penalti, namun bola terkena tiang gol.
Beberapa pertukaran dibuat oleh Nafuzi Zain, dengan memasukkan Faiz Nasir, Ebener Assifuah dan Fadzrul Daniel menggantikan Milos Gordic, Halim Saari dan Sukhrob Nurulloev pada minit ke-71.
OPPA Tambah derita Kedah.
7 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat Kedah 0-2 Perak.
Selepas ini, Kedah akan berdepan Bukit Tambun pada 14 Jun dan Perak akan menentang Terengganu pada 15 Jun ini bagi aksi pusingan ke-16 saingan Piala FA .