• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
  • TOP SCORER LIGA SUPER
You are here: Home / Badminton / Malaysia mara ke final , tewaskan Jepun 3-1 , Badminton Asia Championship 2024

Feb 17 2024

Malaysia mara ke final , tewaskan Jepun 3-1 , Badminton Asia Championship 2024

lee zii jia asia

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 3-1 JEPUN.

  • LEE ZII JIA 2 VS 0 KENTA NISHIMOTO 21-18, 21-15
  • AARON CHIA FT SOH WOOI YIK 2 VS 1, AKIRA TOGAFT TAICHI SAITO  15-21, 21-17,21-10
  • LEONG JUN HAO 1-2 VS KOKI WATANABE 21-19,12-21, 19-21
  • IZZUDI FT GOH 2 VS 0, K. MITSUHASHI FT HIROKI OKAMURA 21-15, 21-19

MALAYSIA ESOK VS CHINA FINAL!! 

Bukan mudah untuk cabaran piala Asia Championship kali ini. kalau tahun 2 lepas. Sebab covid, ada beberapa negara tak hantar wakil. Kali ini China ada turut serta. Goyang jugak beb.

SHAH ALAM: Malaysia hanya selangkah lagi bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu selepas mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas skuad negara mencipta kejutan menundukkan Jepun 3-1 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini.

Pemain perseorangan pertama, Lee Zii Jia (LZJ) melupakan masalah kesihatan dialaminya apabila menampilkan prestasi terpuji untuk menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Kenta Nishimoto 21-18, 21-15. LZJ semalam dilaporkan mengalami masalah resdung dan tidak dapat diturunkan ketika aksi suku akhir bertemu Singapura.

Malaysia terus garang apabila beregu utama negara yang juga bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih mata kedua selepas menewaskan Akira Koga-Taichi Saito 15-21, 21-17, 21-10.

Jepun bagaimanapun kembali merapatkan jurang apabila perseorangan kedua mereka, Koki Watanabe berjaya menewaskan Leong Jun Hao 21-19, 12-21, 19-21 sekali gus mengheret aksi ke acara beregu kedua. Game yang sengit beb, first set ketinggalan dapat kejar, menang. Set kedua ,banyak kesilapan. Set ketiga sengit, jarak mara dekat-dekat. Silap sikit kalah.

BEREGU GOH, IZZUDIN, PACU MALAYSIA KE FINAL!! 

Pasangan negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menceriakan kem negara apabila menghadiahkan mata kemenangan menerusi kemenangan ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15, 21-19 sekali gus membawa Malaysia ke pentas final. Game yang best masa set kedua. Jarak mata mula-mula malaysia dah jauh lebih 11-5, dia boleh pulak kejar sampai 12-12 beb. Berbulu kita. Apepun, ini adalah final ketiga berturut-turut Malaysia selepas turut melakukannya pada edisi 2020 dan 2022.

Pada edisi dua tahun lalu yang berlangsung di venue sama, skuad negara berjaya muncul juara buat kali pertama selepas mengatasi Indonesia 3-0 di pentas final. Malaysia bagaimanapun berdepan ujian getir bagi mempertahankan kejuaraan apabila dijadual bertemu pilihan pertama, China di pentas final, esok. China mara ke final selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, final bagi saingan wanita bakal menyaksikan pertembungan antara Thailand menentang India. Thailand mara selepas menewaskan Indonesia 3-1 manakala India menyingkirkan Jepun 3-2 dalam aksi separuh akhir.

Written by mr bola · Categorized: Badminton · Tagged: Badminton Asia Champhionship, Badminton Asia Championship 2024, Final malaysia vs china piala asia championship badminton 18.2.2023, Malaysia mara ke final, tewaskan Jepun 3-1

UserOnline

60 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

ChatGPT icon
ChatGPT icon

AI Assistant

Close Maximize End