Peluang JDT untuk mara ke pusingan seterusnya tampak cerah. Namun perlawanan terakhir nanti menentang pasukan Pohang Steeler bukanlah mudah, kalau tewas, JDT akan dipintas oleh Pohang semula.
Namun , kemenangan petang tadi, 2-0 dengan pasukan tercorot liga ACL kumpulan A ini, memberi peluang cerah buat pasukan JDT naik ke tangga ke 5 dengan 11 mata.
KEPUTUSAN PENUH
CENTRAL COAST MARINERS 1-2 JDT
Jaringan oleh :
ALVARO GONZALEZ 64″ 79,
ALOU KUOL 70″
Johor Darul Ta’zim (JDT) mencerahkan peluang ke pusingan 16 terbaik dengan menewaskan Central Coast Mariners (CCM) di Stadium Central Coast, Gosport.
Harimau Selatan perlu meraih kemenangan ke atas CCM untuk terus berada dalam kelompok lapan pasukan teratas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) Zon Timur. CCM pula memburu kemenangan sulung dalam ACLE.
Tiga tonggak baru JDT iaitu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera dan Roque Mesa berada dalam kesebelasan utama. Pemain sayap muda, Miguel Di Pizio kembali memperkuat jentera serangan CCM selepas sebelum ini berehat akibat kecederaan.
Separuh masa pertama menyaksikan Bergson da Silva hampir meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-10. Malangnya, rembatan beliau terkena kapten CCM, Trent Sainsbury.
Harimau Selatan terpaksa melakukan pertukaran pemain awal pada minit ke-23. Ini selepas Mesa tidak dapat meneruskan permainan akibat kecederaan.
Situasi ini mendorong Hector Bidoglio memasukkan pemain tengah kebangsaan, Afiq Fazail sebagai pengganti bekas pemain Swansea City itu.
CCM juga terpaksa melakukan pertukaran pemain awal susulan masalah kecederaan yang menimpa Sainsbury dan Ryan Edmondson. Situasi ini mendorong jurulatih, Mark Jackson memasukkan Alou Kuol dan Diesel Herrington sebagai pengganti dua pemain berkenaan.
CCM dipaksa bermain dengan 10 pemain apabila Dylan Peraic-Cullen dibuang padang pada minit ke-47. Keputusan itu diambil pengadil Korea Selatan, Ko Hyung-jin selepas penjaga gol berusia 18 tahun itu menghalang Arif Aiman Hanapi daripada menjaringkan gol.
JDT menyangka telah meraih gol pendahuluan menerusi Bergson pada minit ke-52. Malangnya, gol tersebut dibatalkan atas kesalahan ofsaid sekaligus memastikan keputusan 0-0 sehingga rehat.
Bersambung selepas rehat, JDT terus meningkatkan tekanan menerusi gandingan Bergson, Arif dan Viera.
Penjaga gol gantian CCM, Adam Pavlesic bertindak cemerlang menafikan percubaan penjaring terbanyak Liga Super itu pada minit ke-50.
Lapan minit selepas itu, bekas penjaga gol Sydney FC itu sekali lagi menafikan Bergson daripada menjaringkan gol ke-34 dalam musim 2024/25.
JDT akhirnya memecah kebuntuan menerusi Gonzalez. Bekas bek tengah Al-Nassr itu pantas menyudahkan hantaran Arif yang menewaskan Pavlesic pada minit ke-64.
Keceriaan kem Harimau Selatan hanya bertahan selama enam minit. Kuol menceriakan penyokong CCM dengan menanduk gol penyamaan melepasi Andoni Zubiaurre.
Gonzalez kembali meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-79. Hantaran Heberty Fernandes ditanduk bekas bek tengah Marseille itu melepasi Pavlesic.
CCM berusaha mencari gol penyamaan buat kali kedua tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini melonjakkan JDT ke tangga kelima dengan CCM kekal di tangga tercorot Liga Timur ACLE.
Sofascore memilih Gonzalez sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.9. Beliau mengatasi Arif dan Heberty yang masing-masing meraih 8.1 dan 8.0 mata.
Selepas ini, JDT akan menentang Pohang Steelers untuk aksi terakhir Liga Timur ACLE pada 18 Februari. CCM pula akan menentang Kawasaki Frontale pada hari yang sama.
Hasil Perlawanan:
Berdasarkan maklumat daripada X, perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 kepada JDT. Terdapat beberapa momen penting termasuk:
Kartu merah diberikan kepada pemain Mariners pada masa tambahan separuh pertama.
JDT mencipta gol pertama melalui Alvaro pada minit ke-64.
Mariners berjaya menyamakan kedudukan melalui Alou Kuol pada minit ke-70 selepas beberapa drama VAR. Namun, JDT menang dengan gol penentu pada masa tambahan akhir perlawanan.
Kesimpulan:
Kemenangan ini meletakkan JDT di kedudukan kelima dan semakin hampir untuk menempatkan diri dalam Pusingan 16 Terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit. Perlawanan ini menunjukkan dinamik yang menarik dengan kedua-dua pasukan menunjukkan semangat dan kebolehan, namun JDT muncul sebagai pemenang pada hari tersebut.