Tugas getir melanda Kim Pan Gon pada jam 7 malam ini. Siapakah yang akan diturunkan dalam kempen kelayakan piala Dunia 2026. Kontrak Kim Pan Gon dilanjut sehingga 2 tahun iaitu hingga tahun 2025. Itu yang kita nak dengar tuh. Apepun jangan gentar lawan dengan Chinese Taipei pada malam ini.
Biarpun Jurulatih Chinese Taipei, Gary White mereka mampu untuk menang ditempat sendiri. Aku percaya Kim Pan Gon ada strategi yang tersendiri dalam perlawanan penting kedua nanti. Dikhabarkan Dominic Tan tidak dapat beraksi pada perlawanan ini nanti sebab ada injured tapi tak tahu injured apa. Yang pasti tak dapat diturunkan.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN D :
- OMAN 3 MATA
- MALAYSIA 3 MATA
- KYRGYZSTAN 0 MATA
- CHINESE TAIPEI 0 MATA
Sekiranya menang game pada perlawanan ini, FIFA mata ranking adalah +10.66, kalau seri, tolak point, 1.84, kalah, tolak -14.34. Sebab ranking lawan kita adalah dibawah Malaysia, so jadi macam tuhlah kira dia. So mahu tak mahu kita kena menang game kedua hari ini.
Biarpun rekod tak berapa baik away malaysia lawan dengan Chinese Taipei, namun aku percaya dengan kemampuan pemain sekarang ini lebih baik berbanding dulu. Impak yang dibawa oleh Kim Pan Gon cukup baik setakat ini.persetankan mulut-mulut pengkritik. Buktikan harimau malaya mampu mengaum lagi di tempat lawan.
Semoga berjaya buat skuad harimau malaya jam 9 petang ini. Choww..
KEPUTUSAN TERKINI CHINESE TAIPEI VS MALAYSIA 21.11.2023
INFO LIVE CHINESE TAIPEI VS MALAYSIA 21.11.2023
TONTON SINI.