Satu pertarungan yang cukup mendebarkan buat rakyat malaysia yang menonton pukul 2 lebih awal pagi tadi. Biarpun main hanya dua set. Dia punya vibe pertarungan cukup sengit set1 dekat-dekat matanya. Kejar mengejar. Set kedua lee zii jia dah leading jauh. Antonsen kejar pulak sikit-sikit. Tetapi lee zii jia lebih tenang dan tidak terlalu aggresive nak cari smash, dia lebih kepada rytham.
KEPUTUSAN PENUH :
LEE ZII JIA VS ANDERS ANTONSEN
SET 1 21-17
SET 2 21-15
Lee Zii Jia memerlukan dua set straight sahaja dan 53 minit sebelum menempah tiket ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris.
Pemain profesional negara mengejutkan pilihan keempat temasya, Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15 pada aksi suku akhir di Porte de La Chapelle Arena yang bergema dengan sorakan penyokong kedua-dua negara.
Zii Jia, pemain pilihan ketujuh, bermula garang dengan corak serangan pantas yang memerangkap lawannya beberapa kali terutama permainan di jaring yang kemas dan jarang sekali melakukan kesilapan.
Pemain berusia 25 tahun itu mendahului 11-8 pada set pertama sebelum menamatkan set itu dengan pukulan smash bertalu-talu yang akhirnya gagal dibalas Antonsen dan berakhir dalam tempoh 26 minit.
Pada set kedua, Zii Jia meneruskan corak permainan sama tetapi agak kurang konsisten selepas mendahului 11-6.
Masa ini, Antonsen smash kena muka Lee Zii Jia, mara penyokong Malaysia. LZJ dia okey jer, antonsen mintak maaf dia sengaja pun.
Antonsen, yang sebelum ini mendahului 5-3 dalam rekod pertemuan dengan Zii Jia, pada ketikanya berjaya mengurangkan jarak mata dan cuba mengejar untuk memaksa set penentuan 10-14, 11-16 dan 15-18.
Namun selepas bertarung 53 minit di tengah gelanggang, Zii Jia mengutip mata kemenangan selepas pukulan balas Antonsen terkeluar di garisan belakang gelanggangnya.
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia akan bertemu bintang badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir Ahad ini. Kunlavut, penyandang juara dunia dan pilihan kelapan, mengejutkan pilihan utama Shi Yu Qi dari China 21-12, 21-10 dalam tempoh hanya 43 minit.