Mengulangi pencapaiannya pada tahun 2022, kali ini Lee Zii Jia kembali dalam final dan menjuarainya. Walaupun game final ini dilihat sengit, namun untuk kembalikan rentak permainannya seperti dulu wajar dipuji.
Pertarungan selama dalam 34 minit lebih kuranglah, 2 straight set 21-11 dan 21-10 mudah untuk Lee Zii Jia menumpaskan lawannya iaitu Angus Ang Ka Long. Memang lah game agak senang, mungkin lawan dia sudah kepenatan lawan dia semalam. Kita tengok tak macam all out.
Apepun ini memberi sedikit sebanyak motivasi buat LZJ bangkit dalam kejohanan yang seterusnya di Master Superseries di Malaysia nanti. Tahniah LZJ.
Zii Jia yang dalam persiapan ke Paris pada Julai ini, sedikit sebanyak memberi motivasi kepadanya.