Suku akhir pertama memperlihatkan serangan demi serangan dari pasukan Terengganu, mendapat bekalan yang agak selesa 2 gol sebelum akan bertandang ke selangor pada 24 september 2023.
KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR 1 PIALA MALAYSIA
TERENGGANU 2-0 SELANGOR,
Jaringan oleh :
Ivan Mamut 45+2 ”
Syahmi Zamri 90+4″
Berbekalkan penyokong sendiri lebih kurang 13 ribu yang hadir memberikan sokongan, lautan Hitam Putih menggamatkan semangat pemain Terengganu untuk beraksi lebih baik pada malam semalam, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ,Kuala Terengganu.
Ivan mamut, penyerang sensasi Terengganu banyak terlepas peluang.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner , berpeluang untuk mendahului pelawat pada minit kelima, namun rembatan Mamut yang hanya berdepan dengan penjaga gol, Samuel Somerville sedikit sipi di sebelah kiri pintu gol pelawat. Betul-betul nyaris nak gol .Pengulas cakap , biasa bola macam nih , Ivan mamut takda masalah nak jaringkan.Mungkin sedikit gugup dan silap teknik menyebabkan ianya tersasar sikit sahaja lagi.
TFC yang merehatkan pertahanan import mendapat peluang kedua pada minit ke-23 juga menerusi Mamut, bagaimanapun rembatannya terkena pertahanan pelawat.
Sedar kerap diasak, skuad kendalian Tan Cheng Hoe memperkemaskan asakan dan mendapat peluang untuk mendahului pada minit ke-24, namun rembatan menerusi penjaring terbanyaknya, Ayron Rodriguez ditepis keluar penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin.
Pada masa kecederaan babak pertama, Mamut menceriakan kem pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol sulung perlawanan menerusi sepakan penalti selepas rakan sepasukannya, Nurillo Tukhtasinov dijatuhkan Quentin Cheng dalam kotak penalti untuk mendahului Selangor 1-0. Lepas tuh dia pergi bantai bukak baju, dapatlah kad kuning.
SEPARUH MASA KEDUA.
Bersambung babak kedua, Skuad, Tan Cheng Ho melakukan tiga pertukaran serentak dengan memasukkan Ruventhiran, Noor Al Rawabdeh dan Yohandry Orozco bagi menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi, Ahmad Khuzaimi Piee dan Alexander Ameyaw, namun masih gagal mencari gol penyamaan.
Pada masa kecederaan babak kedua, penyerang muda, Muhammad Syahmi yang masuk menggantikan Mamut tidak melepaskan peluang terhidang apabila meledak gol kedua menerusi tandukan bebas yang tidak di challange defend selangor, selepas mendapat hantaran daripada Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim.
Kedudukan 2-0 itu kekal memihak kepada tuan rumah sebelum aksi timbal balik pada 24 September ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.