Sejarah kecederaan Arif Aiman menunjukkan beliau pernah berdepan dengan masalah serupa sebelum ini. Contohnya, pada Mei 2024, beliau terlepas kem latihan Harimau Malaya untuk Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kerana kecederaan buku lali, seperti yang dilaporkan oleh FAM. Beliau juga pernah disisihkan daripada kem kebangsaan pada Mac 2023 bersama Endrick Dos Santos akibat kecederaan, walaupun beliau kemudiannya pulih dan beraksi untuk JDT tidak lama selepas itu.Facebook Malaysia National Team, kesemua pemain dilihat menjalani latihan di bawah kendalian Cklamovski tanpa sosok Arif Aiman sekaligus menimbulkan tanda tanya.
Malah, segelintir peminat mula membuat spekulasi bahawa ketiadaan Arif Aiman ini gara-gara kecederaan yang dialami ketika turun dalam aksi Liga Super berdepan Penang pada Ahad lalu.
”Aduh Arif Aiman cedera pula ketika perlawanan Malaysia ini,” andai salah seorang pengguna media sosial, Dominiq Toretto.
”Arif Aiman pergi mana ya?” soal Luqman Hakim Ismail di laman Facebook.
”Risau pula apabila muat naik gambar tiada Arif ini sebab tempoh hari macam cedera sedikit. Harap-harap Arif baik-baik sahaja,” tulis Izz Zihni, penyokong Harimau Malaya.
Selain Arif Aiman, ketiadaan pemain tengah berpengalaman, Natxo Insa turut menjadi persoalan dalam kalangan peminat Harimau Malaya setelah mempamer persembahan hebat di JDT.
Sehingga kini, tiada sebarang kemas kini atau pengumuman oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai status kedua-dua tonggak JDT ini bersama Harimau Malaya.