KEPUTUSAN PENUH
JDT 0-1 KAWASAKI FRONTALE
Jaringan oleh :
- Marcinho 45″
Bagi aku game yang menariklah , biarpun tewas 0-1 dengan pasukan dari Kelab Jepun nih. Dia punya game masing-masing pantas. Barulah ada fight sikit kalau nak banding dengan liga super jauh beza. Cuma game tempo jadi tak sedap bila pemain dah mula main palat tuh susahla kita nak tengok intensity dari kedua-dua pasukan.
Apapun nasib tidak menyebelahi JDT yang mempamerkan aksi berintensiti tinggi sehingga memaksa skuad samurai biru, kendalian Toru Oniki bermandi peluh sebelum melakar kemenangan.
Sebaik babak pertama bermula, kedua-dua pasukan tampak bermain secara permainan terbuka dengan masing-masing menguasai posisi tengah dan cuba melakukan serangan berbahaya dalam usaha memburu gol. Kawasaki Frontale mengundang cemas gawang JDT pada minit ke-13 namun bola sepakan percuma Yasuto Wakizaka sekadar terkena benteng tuan rumah sekali gus menyelamat gawang JDT daripada dibolosi.
Skuad bimbingan Esteban Solari turut mengambil peluang menggempur benteng pelawat pada minit ke-17 selepas bola sepakan percuma Juan Muniz berjaya ditanduk Bergson Da Silva tapi tidak tepat ke sasaran.
Ketika aksi memasuki minit ke-21, Arif Aiman Hanapi bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti tetapi berjaya dihalang penjaga gol, Jung Sung-ryong yang menyaksikan pemain JDT mendakwa dia dikasari oleh penjaga gol pelawat. Bagaimanapun, pengadil perlawanan Abdulrahman Al-Jassim dari Qatar yang melihat video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan tiada kekasaran terhadap Arif Aiman.
JARINGAN TUNGGAL KAWASAKI, LIPAT YANG CANTIK.
Ketika aksi babak pertama berbaki seminit untuk ditamatkan, Kawasaki Frontale mengambil kesempatan daripada kelekaan benteng tuan rumah selepas bola sepakan lambung Akihiro Ienaga berjaya ditanduk ke belakang Tatsuki Seko dan Marcinho yang tidak dikawal melakukan sepakan libas tepat menerjah jaring selepas Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak berada di posisinya. Masa tuh ingat offside, tapi tak pun sebenarnya.
SEPARUH MASA KEDUA, JDT GANDAKAN SERANGAN.
Bersambung babak kedua, Arif Aiman hampir mencetus gol penyamaan pada minit ke-47 selepas memberanikan diri untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola rembatannya berjaya dihalang Sung-ryong.
KAWASAKI HAMPIR TAMBAH GOL LAGI.
Kawasaki Frontale hampir menambah jaringan pada minit ke-60 selepas Seko sempat menendang bola walaupun diasak Ahmad Syihan dan Matthew Davies namun Shane Lowry bertindak pantas mengeluarkan bola sebelum bola masuk ke gawang yang terbuka.
JDT yang sedar betapa kesuntukan masa mula menggandakan asakan bagi mengintai ruang untuk mencipta gol penyamaan namun tindakan pemain Kawasaki Frontale yang `berkampung’ di kawasan sendiri pada lima minit terakhir menyukarkan anak didik Solari.
Secara kesuluruhannya game seimbang lah, banyak peluang terhidang baik dari JDT dan juga Kawasaki. Jaringan tunggal sebelum habis separuh masa pertama oleh Kawasaki menambah tekanan buat pemain jdt.
Selepas ini JDT akan bertemu dengan pasukan BG Patrum pada 3 haribulan oktober (bulan depan), ditempat lawan, Thailand. Pasukan mereka tewas dengan Ulsan Hyundai 1-3. So harapnya pasukan jdt dapat menang besar sedikit lawan dengan Bg Pathum.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I ACL 2023.
- ULSAN HYUNDAI 3 MATA
- KAWASAKI FRONTALE 3 MATA
- JDT 0 MATA
- BG PATHUM 0 MATA