Menepati ramalan, JDT tiada masalah untuk mara ke final piala Malaysia 2024/25 menewaskan terengganu dengan aggregate 6-1. Sebelum itu jdt membawa bekalan yang besar di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin 4-0.
KEPUTUSAN PENUH JDT 2-1 TERENGGANU.
Jaringan oleh :
Heberty 32″, 91″
Akidane 59″
AGGREGATE :
JDT 6-1 TERENGGANU. JDT MARA KE FINAL PIALA MALAYSIA 2024/25
Petang tadi, JDT menang tipis 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim. Aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim itu bermula seimbang dengan anak buah Badrul Afzan memberi tekanan hebat.
Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu di depan hasil ledakan pemain import Brazil, Heberty yang membuat Syed Nasrulhaq tiada idea untuk halang rembatan Heberty yang kencang di depan kotak penalti. Defend terengganu pun tak sempat nak recover sebab dah kelam kabut.
Heberty meledak gol pertama untuk meletakkan JDT dihadapan di Stadium Sultan Ibrahim.
Agregat kini memihak kepada JDT dengan keputusan 5-0 !#unifipialamalaysia2425 pic.twitter.com/dVlAcQQRpJ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 1, 2025
Jentera serangan import Terengganu gagal menembusi kekebalan benteng tuan rumah sepanjang 45 minit pertama.
SEPARUH MASA KEDUA.
Bersambung babak kedua, usaha Terengganu untuk mencari jaringan penyamaan berhasil.
Ismaheel Akinade menyamakan kedudukan pada minit ke-55 selepas berjaya menewaskan Christian Abad Amat.
Jaringan volley cantik dari Ismahil Akinade menyamakan kedudukan untuk pasukan Terengganu di SSI.
Agregat kini masih memihak kepada JDT , 5-1 !#UnifiPialaMalaysia2425 pic.twitter.com/7WUVLiKgcX
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 1, 2025
6 minit masa tambahan tidak mengubah cerita di Johor Bharu apabila rembatan kencang Heberty memastikan JDT ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut dengan agregat 6-1.
Heberty sekali lagi merobek gawang pasukan Terengganu , kali ni dengan jaringan jarah jauh!
Agregat keputusan separuh akhir milik JDT dengan 6-1!#UnifiPialaMalaysia2425 pic.twitter.com/Y8vkChfTzE
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 1, 2025
Sri Pahang atau Sabah bakal menjadi pertarungan terakhir JDT untuk melengkapkan hatrik kejuaraan Piala Malaysia sejak tahun 2022. Adakah kejuaraan ini akan menjadi kenyataan atau pencabar mereka yang akan merampas kejuaraan mereka? hehe.