Agak struggle jugak pasukan JDT untuk tewaskan pasukan Kedah di tempat lawan dalam kempen piala Fa separuh akhir1 di stadium Darul Aman, Kedah. Meriah dan puas hari game malam tadi, JDT pun tak menang besar biarpun ada orang kata Kedah kena teruk malam nih.
KEPUTUSAN PENUH :
KEDAH 1-2 JDT
Jaringan oleh :
- Oscar Arribas 23″
- Habib Haroon 87″
- Romel Morales 90″
Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencipta kejutan dalam separuh akhir pertama Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 1-2 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan menurunkan pemain terhebat, begitu juga dengan pasukan Kedah mempertaruhkan trio serangan mereka iaitu Milos Gordic, Sony Norde dan Sukhrob Nurollaev dan manakala Arif Aiman, Bergson dan Heberty menjadi harapan di bahagian serangan JDT.
Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun benteng kedua-dua pasukan ampuh bertahan menidakkan setiap serangan awal.
Juan Muniz hampir meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-10 namun palang menjadi penghalang. Dalam pada itu juga, pemain import Kedah Sony Norde turut berpeluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-15 namun dapat ditepis oleh Syihan Hazmi.
GOL PERTAMA JDT !!
JDT akhirnya memecah kebuntuan apabila Oscar Arribas menjaringkan gol selepas menyambar hantaran lolos daripada Heberty pada minit ke-23. Pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin mengesahkan jaringan tersebut selepas merujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR).
Minit ke-31, Bergson menjaringkan gol selepas menyempurnakan hantaran menarik daripada Heberty. Namun pengadil membatalkan jaringan tersebut selepas VAR mendapati Bergson telah ofsaid terlebih dahulu sebelum jaringan terhasil.
JDT meneruskan momentum serangan dengan percubaan Arif Aiman pada minit ke-44 namun tiang gol menjadi penghalang.b Kedudukan kekal 1-0 memihak JDT pada separuh masa pertama.
SEPARUH MASA KEDUA.
Bersambung babak kedua,JDT meneruskan serangan ke kubu Kedah dengan beberapa gerakan merbahaya terutamanya daripada kapten pasukan, Arif Aiman.
Oscar Arribas mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini namun percubaan jarak dekat beliau pada minit ke-53 diselamatkan dengan cemerlang oleh Kalamullah Al-Hafiz di gawang Kedah.
Nafuzi Zain, membua pertukaran dengan membawa masuk muka-muka baru seperti Ebenezer Assifuah, Fayadh Zulkifli dan Amirul Hisham.
Pada minit ke-67, Kamil Akmal hampir mendapatkan jaringan penyamaan buat Kedah namun rembatan volinya berjaya dibaca oleh Syihan Hazmi.
KEDAH MENYAMAKAN KEDUDUKAN 1-1.
Kedah akhirnya berjaya menjaringkan gol oada minit ke-87 hasil penyudah Habib Haroon yang menyambar bola tampanan Syihan Hazmi. Kedudukan terikat 1-1 selepas pengadil mengesahkan jaringan tersebut melalui VAR.
Ketika perlawanan hampir tamat, JDT menambah jaringan kedua pada masa kecederaan melalui Romel Morales yang menyambar sepakan sudut. Sepakan oleh Arif Aiman, dan ada kontek oleh sapa kurang pasti, dan Romel terus sambar sebelah kiri gawang yang tidak dikawal.
Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus meneruskan rekod bersih kemenangan JDT sepanjang musim ini berlangsung.
Untuk aksi seterusnya, Kedah akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi separuh akhir kedua bertemu JDT pada 3 Ogos depan, hari sabtu lagi 2 minggu.. Tunggu.