LIMA ‘MEMBERSHIP’ LEGOLAND DAN DUA MOTOSIKAL ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH UNTUK PENYOKONG DI PERLAWANAN JDT LAWAN TERENGGANU ESOK
Memandangkan ramai yang pakar buat rumusan sendiri, asbab kemorosotan penyokong yang datang semakin mengurang liga super, piala fa, dan terkini Piala Malaysia kurangnya datang ppenyokong tegar bola sepak kita. Jdt membuat pengmuman cabutan bertuah. Iaitu lima pakej ‘membership’ Legoland (dua dewasa dan dua kanak-kanak) serta dua buah motosikal menanti penyokong bertuah yang menghadiri perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu esok, 1 Februari 2025.
Nombor-nombor tiket pemenang akan dicabut ketika waktu rehat separuh masa dan akan diumumkan di scoreboard. Pemegang-pemegang tiket bertuah perlu hadir ke Pusat Khidmat Pelanggan di Aras Bawah selepas perlawanan berakhir untuk menebus hadiah masing-masing.
Cabutan bertuah ini hanya boleh disertai oleh pemegang tiket serta pas bermusim yang hadir ke perlawanan ini sahaja kerana setiap tiket dan pas yang diimbas di pintu masuk secara automatik layak menyertai cabutan bertuah ini.
Dapatkan tiket perlawanan JDT lawan Terengganu FC sekarang di https://tickethotline.com.my/events/4/PialaMalaysia