• Skip to main content
  • Skip to footer

INFO LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

LIVE SCORE LIGA SUPER MALAYSIA 2026/27

  • About us
  • JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER
  • Carta Liga Super
    • FA CUP
    • Piala Malaysia
  • Live Score Football
  • Disclaimer
  • English Premier League (EPL)
  • Livesteaming
  • Video Highlights Perlawanan
  • Google Play
  • Privacy Policy
  • TOP SCORER LIGA SUPER
You are here: Home / PIALA FA / Ivan mamut bakal dilepaskan?

Jul 20 2024

Ivan mamut bakal dilepaskan?

Ivan mamut dilepaskan

Terengganu dijangka melepaskan khidmat penyerang import sensasi, Ivan Mamut. Kecederaan yang dialami Ivan mengakibatkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa berehat panjang dan disisihkan pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner.

Selepas kemenangan 3-2 Skuad Peteh di laman sendiri dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024 menentang Selangor malam semalam, dalam sidang media, jurulatih terengganu, Tomislav beri bayangan Terengganu bakal mencari pengganti buat Ivan Mamut.

“Kami membeli Ismaheel Akinade untuk menjadi pilihan selepas Ivan Mamut. Ivan sudah enam bulan tidak bersama skuad, jadi kita tidak tahu bila beliau akan kembali.”

“Ya kita perlu berpuas hati dengan persembahan dan prestasi Akinade namun kita juga menunggu jendela perpindahan seterusnya untuk mencari seorang pemain penyerang yang boleh beraksi di posisi yang ditinggalkan Ivan.”

Pengendali asal Crotia ini juga memaklumkan bahawa beliau sudah berbincang dengan pihak pengurusan,Terengganu untuk membawa masuk pemain di posisi penyerang pada jendela perpindahan kedua kelak. Kena bincang molek lah, tengok sapa hok boleh ganti Ivan Mamut yang mesin gol punya.

“Saya sudah berbincang dengan pengurusan dua hari lalu dan kita perlu membuat keputusan segera. Kita tak tahu bila Ivan akan kembali kerana kita ada sasaran tersendiri. Terengganu akan beraksi di Piala FA, Liga Super dan tidak lama lagi Shopee Cup jadi tanpa Ivan skuad kita tak sekuat dahulu,” ujar Tomislav.

Untuk rekod, Ivan Mamut menjadi watak penting Terengganu pada musim lepas apabila berjaya mencatat 17 gol bersama Terengganu dalam semua kejohanan. Ketiadaan penyerang asal Crotia ini cukup dirasai Skuad Peteh ketika mengharungi permulaan musim ini tanpa seorang penyerang prolifik seperti Ivan.

Persoalannya siapa pemain yang kita rasakan boleh menyaingi macam ivan mamut nih? aku rasa season nih lupakan dia. Amik balik dalam tahun depan kalau dia dah recover lah kan.

Written by mr bola · Categorized: PIALA FA · Tagged: ivan mamut, ivan mamut akan dijual, Ivan mamut bakal dilepaskan?

UserOnline

52 Users Online

Footer

Categories

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in